Wednesday, April 11, 2012

port luck

7 April 2012, kami semua macam tak ada kerja lain kan. Kumpul duit reramai buat majlis masak dan makan bersama-sama kat rumah sorang opismate. Umah opismate tu kat Taman Pulai Indah, JB je. Lokasi pilihan tu agak strategik gak la sebab rumah besar, ruang tamu yang luas, err... sebab menu dr seremban membawa ke western. Tengahari tu kami bedal nasi berlauk daging salai masak lemak cili padi. Ni menu utama. Yang lain-lain tu sampingan jer, oh luper sebelom sampai seremban tu kami sempat jugakla singgah Thailand jap hamik resipi somtam. Kuikuikui... halamak.. terlupa plak nak amik picture lauk mkn tengahari hari tuh. Masing-masing dah teruja dengan hidangan, tak sempat nk posingkan lauk-pauk. Akibat kebuluran dari pagi plus penat dengan aktiviti memasak tu, kami serang makanan cepat-cepat sesudah lauk siap. Wakaka...
Lepas dah siap mkn tengahari tu memasing dah kepenatan, perut dah kenyang, mata pon layu. Nasib baik tak tertidur. Sempat lagik menggulung popia ko... sememangnya tema hari itu adalah masak-makan-masak-makan. Lupakan diet buat seketika. Chet, bazir jer aku berdiet beberapa hari sebelum tuh (diet ker? diet malam jer... siang bedal gak nasik lauk segala..)Lepastu semua duduk depan tv nonton wayang cerita Hantu Kak Limah Balik Kampung. Hapa la citer lama ko bukak ni kak chomz oii.... Nasib baik kene gulung popia. Kalau tak mau i join Linda dlm bilik berdengkur!! huhuhu...
Lepastu, agak la dlm kul 1830, kami dah start nak get readykan set BBQ. Ketuanya husband puan Jane n my Mr Hubby. Ahli jawatankuasanya si Herry n En Azely. Kaum ibu? laa.. tadi lunch kan kami dah buat. Kali ni we just leave it to the macho man la plak.. Tapi salute gak kat si Herry sebab dia boleh berada dalam dua-dua pihak. Pagi sampai malam dia jd ahlijawatankuasa. Cayalah!!
I terpaksa beredar awal sebab sebenarnya nak gerak balik mersing malam tu lepas majlis. Nak melawat adik mr Hubby accident. Patah bahu katanya.. Hmm.. bakal pengantin ni ada-ada jer lah. So, I blah dalam jam 2100. Tau tak, kitorang reach mersing kul 2230? Giler tak mr hubby bw kete. Aku mang la tak berapa nak sedarkan diri sebab perut dah kenyang, suis mata susah nak on...hahaha...

See... kaum ibu-ibu mithali berkumpul sambil lepak-lepak layan kerenah anak...;)

Friday, April 6, 2012

Sanggup ker tak?? Pikir la sendiri...

Hai.. lama tak hapdate status kat blog umi ni. Hari ini, waktu ini, jam ini, datang la ilham (ilham ker?...) untuk update kat sini. Tak der la ilham sangat. Sedang tunggu machine copier memuntahkan hasilnya, maka aku terberangan kejap. “Sampai bila la aku nak keje kat sini? Kalau la umur panjang, dan kalau la rezeki masih kat sini (company ni la) adakah aku masih duduk kat department ni uruskan semua document-document ini? Dan yang paling penting, adakah aku masih duduk kat post yang sama? Executive Document Control!” Chet, sekarang ni pon derang kata Diploma holder tak layak sandang post executive tuh!. Maksudnya? Maksudnyaa... aku ni selayaknya duduk kat kerusi Non Executive aje. Habis tu, kalau cenggitu, aku tak boleh la melangkah kemana-mana?. Erti kata lain, tak yah la aku nak berangan nak jadi Senior Executive ker, Senior Executive II ker, and lebih-lebih lagik toksah ler berangan nak jadik boss!! Ada hati la plak Diploma holder nak jadik Boss. Kekeke... Melainkan la kalau pangkal nama aku tu ada letak ‘Chua’ ker, ‘Ng’ ker. Senag jer melangkahnyer.. Abis tuh, ‘Binti’ aku nak letak mana? Err.. lagik satu, kalau rasa-rasa berangan nak jadik boss boleh aja. Run bisnes sendrik. Pinjam duit bole?? Gheeee.... Agak-agak bole lepas bukak kedai Frozen Food jer ok ler...;)