Monday, September 24, 2012

i-pad perisa asam jawa

Ehem.. ehem... besar sudah anak dara saya. rasa macam baru je semalam menikah. anaknya dah keluar dua orang. sekejap jer masa berlalu sekarang ni rasanya. esok-esok dah nak masuk tahun 2013. wah... jauh perjalanan saya. sekejap jer dah tua. errr... senja berlabuh!! rasa-rasa macam baru last week meronggeng dengan teman-teman kat danga bay sampai lewat malam. tetiba jer hari ni sedang bebelkan anak-anak buat sepah. wakakaka...
Aisya dengan Airyn dah besar dah pon. kira dah boleh terima simple instruction. tapi kadang-kadang sengaja menguji tahap kesabaran umminya... ya! sangat menguji kesabaran saya. hmm.. yer la kalau tak, takkan la dengan selamba si Aisya bole rendam i-pad dalam semangkuk air. warghhh!!! nak nanges nengok i-pad rendaman air asam jawa ok!
kisahnya? malam tu si Airyn demam. konon ikut la petua jelum dengan air asam jawa. dah kejadian tengah malam kan, ummi malas nak simpan air tu kedapur, letak jer bawah katil sementara. esok pagi je la kononya nak bawa kedapur. esok pagi tak dan pon ummi simpan air tu, i-padnya dah berenang-renang dalam asam jawa. aduh, nasib baik la malaikat menyeru tiba-tiba bagi pilihan sayangkan anak ke sayangkan i-pad. phewww.... jeling je la yang mampu hadiah kat Aisya. tu nasib baik la malaikat yang seru. kalau iblis laknatullah yg seru, hish!  tah kemana la si Aisya tu agaknya. si Airyn terkulat-kulat jer la ummi dok membebel kat Aisya.
tapi en husband saya memang TERBAIK... dicerai-ceraikan i-pad nyer tu satu-satu. dan hasilnya... sekarang i-pad sudah boleh digunakan kembali...saya suka.. saya suka.. (*sambil blink-blink kan mata dan buat muka cute). tak payah hantar kedai, dan tak payah keluar modal. jimatt belanja. yer la, dah la sekarang tengah bajet-bajet nak beli lagi satu (*konon-konon. sebab tak larat nak lerai perebutan harta anak-anak. anak cyber la kononya.)

p/s ; permainan anak zaman sekarang tak macam kita dulu. guli, teng-teng, batu seremban, anak patung. adoiyai, pening!!


Wednesday, June 20, 2012

wrinkle ooo wrinkle!!

 
nampak tak?
itu tangan saya.
motip upload gambor kat sini?
sebab saya nak cerita yang tangan saya dah banyak wrinkle!
Jum, zoom rapat sikit.
 
Nampak? Teruk kan?
Zoom lagi rapat...



 Taraa..
 
Tangan saya dah tua...*mood sedeh* kenapa nak sedeh?
huhuhuhu.... fenin *wink, wink, wink...

Sunday, June 17, 2012

Dah setahun dah..

Hai.. assalamualaikum dan selamat pagi uols... duduk diam-diam, dah pon setahun aku kat dunia QA System ni. Kalau anak kecik, dah bole bertatih la kiranya. Dan.. hari ni pon genap la Airyn 10 bulan. Apa dia boleh buat sekarang? Hmm..dah bole memapah sikit-sikit. Tapi still takut-takut lagi. Gayat agaknya. Kesian, agak dia gayat sikit, mula la menjerit-jerit mintak didukung. Hadoiyai... kakaknya pula rajin sangat menyakat. Sakit jantung ummi nak oii... Tu..gambar terbaru kakak & adik... Aku? sejak meninggalkan 100% dunia finance, aku agak bahagia dengan hidup baru ni. Banyak jugak aku belajar. Yang selama ni aku kat finance tercari-cari apa lah yang department lain bizikan hari-hari terjawab la sudah. Hahaha... bukan la bersangka buruk kat diorang. Tapi tertanya-tanye je. Memang berlainan dunia. Kalau dulu asyik dengan kalkulator, sekarang sudah ada tools baru. Nak tau apa? K.A.M.U.S aka... Dictionary!! Bukan la jadi translator. Tapi aku yang kekadang tak paham bahasa asing ni.. Whewww...

Monday, May 7, 2012

Masak-Makan-Masak-Makan lagi..

Hahaha... lagi sekali. Kununnya arrange kan potluck yang kedua. Kali ni giliran umah aku. Dan... untuk kali ni, aku sajes menu wastern. Alahai.. western la sangatt... Hoh, cer tengok list barang yang nak dibeli tu..
Ha.. ni baru jer senarai yang terpikir setakat semalam, 07 May 2012. hari ini dah ada penambahan lagik. Nak masukkan puding as kita punyer pencuci mulut la katanya. Esok kot la ada penambahan menu tu, makin panjang la listnyer gamaknya... hishh... temanya makan sampai pensan!!

Friday, May 4, 2012

Interim tokey kantin

Alkisah, aku yang membazirkan cuti tahunan konon nak nolong en hubby jaga kantin mak. Mak dia, a.k.a ibu mertuaku. Beliau pergi mengerjakan umrah bersama ayah mertua dan anak bongsu a.k.a adik iparku. Diorang pergi 10 hari. So, kami la interim tokey kantinya. Kuikuikui.... Interim la sangattt. Aku? Sengaja membazirkan cuti tahunan sebanyak 3 hari semata nak ikot en hubby balik kampung. Dia boleh la, amik cuti 2 minggu gitu. Aku tak bole la nak ngambik lama gitu. Ada yang siang malam mimpi buruk pulak kan... Aku bukan la nak cerita apa sangat pun. Cuma, bila duk berdiri depan kantin sekolah ni teringat zaman aku sekolah dulu. Setiap pagi, sementara aku bersiap kenakan uniform tu mak mesti sediakan sarapan pagi bersama air panas secawan beserta duit belanje seharian sebanyak 30sen. 30sen ok! Tu dulu zaman aku sekolah rendah. Lebih kurang 20 tahun yang lulu. Errkk... 20? Besornya angka.... Zaman dah berubah. Kalau dulu 30sen tu bole beli air secawan seposen, kuih sepotong seposen. Seposen lagik masuk tabung. Tu pun kalau teringat nak menaabung. Kalau tidak, bawa ke sekolah petang pulak. sekarang kalau anak pargi sekolah bawa 30sen, alamat duduk tepi pagar kantin je la gamaknya. Budak sekarang paling sikit bawa rm3. Tu sekolah pagi je. Kalau sekolah petang, mak kena bagi lagi rm3. In total, rm6 sehari. Perghh.... Bersiap sedia la aku 5 tahun lagi Aisya masuk sekolah rendah. Belanje dia seharian dah sama dengan aku yang seharian kat opis. Rm6 x 20hari= rm120. Ni belanje sekolah seorang. Duit transport, baby sitter tempat salin baju lagik, tusyen, Adeh.... Botak la umi. Hmm... Kena mintak boss naikkan gaji lor... 5tahun lagik bole cecah gaji siling ke boss? Hehehe...

Wednesday, April 11, 2012

port luck

7 April 2012, kami semua macam tak ada kerja lain kan. Kumpul duit reramai buat majlis masak dan makan bersama-sama kat rumah sorang opismate. Umah opismate tu kat Taman Pulai Indah, JB je. Lokasi pilihan tu agak strategik gak la sebab rumah besar, ruang tamu yang luas, err... sebab menu dr seremban membawa ke western. Tengahari tu kami bedal nasi berlauk daging salai masak lemak cili padi. Ni menu utama. Yang lain-lain tu sampingan jer, oh luper sebelom sampai seremban tu kami sempat jugakla singgah Thailand jap hamik resipi somtam. Kuikuikui... halamak.. terlupa plak nak amik picture lauk mkn tengahari hari tuh. Masing-masing dah teruja dengan hidangan, tak sempat nk posingkan lauk-pauk. Akibat kebuluran dari pagi plus penat dengan aktiviti memasak tu, kami serang makanan cepat-cepat sesudah lauk siap. Wakaka...
Lepas dah siap mkn tengahari tu memasing dah kepenatan, perut dah kenyang, mata pon layu. Nasib baik tak tertidur. Sempat lagik menggulung popia ko... sememangnya tema hari itu adalah masak-makan-masak-makan. Lupakan diet buat seketika. Chet, bazir jer aku berdiet beberapa hari sebelum tuh (diet ker? diet malam jer... siang bedal gak nasik lauk segala..)Lepastu semua duduk depan tv nonton wayang cerita Hantu Kak Limah Balik Kampung. Hapa la citer lama ko bukak ni kak chomz oii.... Nasib baik kene gulung popia. Kalau tak mau i join Linda dlm bilik berdengkur!! huhuhu...
Lepastu, agak la dlm kul 1830, kami dah start nak get readykan set BBQ. Ketuanya husband puan Jane n my Mr Hubby. Ahli jawatankuasanya si Herry n En Azely. Kaum ibu? laa.. tadi lunch kan kami dah buat. Kali ni we just leave it to the macho man la plak.. Tapi salute gak kat si Herry sebab dia boleh berada dalam dua-dua pihak. Pagi sampai malam dia jd ahlijawatankuasa. Cayalah!!
I terpaksa beredar awal sebab sebenarnya nak gerak balik mersing malam tu lepas majlis. Nak melawat adik mr Hubby accident. Patah bahu katanya.. Hmm.. bakal pengantin ni ada-ada jer lah. So, I blah dalam jam 2100. Tau tak, kitorang reach mersing kul 2230? Giler tak mr hubby bw kete. Aku mang la tak berapa nak sedarkan diri sebab perut dah kenyang, suis mata susah nak on...hahaha...

See... kaum ibu-ibu mithali berkumpul sambil lepak-lepak layan kerenah anak...;)

Friday, April 6, 2012

Sanggup ker tak?? Pikir la sendiri...

Hai.. lama tak hapdate status kat blog umi ni. Hari ini, waktu ini, jam ini, datang la ilham (ilham ker?...) untuk update kat sini. Tak der la ilham sangat. Sedang tunggu machine copier memuntahkan hasilnya, maka aku terberangan kejap. “Sampai bila la aku nak keje kat sini? Kalau la umur panjang, dan kalau la rezeki masih kat sini (company ni la) adakah aku masih duduk kat department ni uruskan semua document-document ini? Dan yang paling penting, adakah aku masih duduk kat post yang sama? Executive Document Control!” Chet, sekarang ni pon derang kata Diploma holder tak layak sandang post executive tuh!. Maksudnya? Maksudnyaa... aku ni selayaknya duduk kat kerusi Non Executive aje. Habis tu, kalau cenggitu, aku tak boleh la melangkah kemana-mana?. Erti kata lain, tak yah la aku nak berangan nak jadi Senior Executive ker, Senior Executive II ker, and lebih-lebih lagik toksah ler berangan nak jadik boss!! Ada hati la plak Diploma holder nak jadik Boss. Kekeke... Melainkan la kalau pangkal nama aku tu ada letak ‘Chua’ ker, ‘Ng’ ker. Senag jer melangkahnyer.. Abis tuh, ‘Binti’ aku nak letak mana? Err.. lagik satu, kalau rasa-rasa berangan nak jadik boss boleh aja. Run bisnes sendrik. Pinjam duit bole?? Gheeee.... Agak-agak bole lepas bukak kedai Frozen Food jer ok ler...;)