Terima kasih sebab sudi singgah ke Blog yang macam malu-malu ni. Blog ni tak la seberapa pun...Saja suka-suka untuk kongsi cerita dan ceria semasa. Dahulu, tulis dalam buku. Kisah hidup, dimemorikan disini... Kisahnya tak ada la menarik mana. Tapi boleh la untuk sharing di alam maya ni... Sharing is Caring. Terima kasih sebab sudi baca cerita-cerita disini yang simple about my life...;)
Wednesday, June 20, 2012
Sunday, June 17, 2012
Dah setahun dah..
Hai.. assalamualaikum dan selamat pagi uols...
duduk diam-diam, dah pon setahun aku kat dunia QA System ni. Kalau anak kecik, dah bole bertatih la kiranya. Dan.. hari ni pon genap la Airyn 10 bulan. Apa dia boleh buat sekarang? Hmm..dah bole memapah sikit-sikit. Tapi still takut-takut lagi. Gayat agaknya. Kesian, agak dia gayat sikit, mula la menjerit-jerit mintak didukung. Hadoiyai... kakaknya pula rajin sangat menyakat. Sakit jantung ummi nak oii...
Tu..gambar terbaru kakak & adik...

Monday, May 7, 2012
Masak-Makan-Masak-Makan lagi..
Friday, May 4, 2012
Interim tokey kantin
Wednesday, April 11, 2012
port luck
Lepas dah siap mkn tengahari tu memasing dah kepenatan, perut dah kenyang, mata pon layu. Nasib baik tak tertidur. Sempat lagik menggulung popia ko... sememangnya tema hari itu adalah masak-makan-masak-makan. Lupakan diet buat seketika. Chet, bazir jer aku berdiet beberapa hari sebelum tuh (diet ker? diet malam jer... siang bedal gak nasik lauk segala..)Lepastu semua duduk depan tv nonton wayang cerita Hantu Kak Limah Balik Kampung. Hapa la citer lama ko bukak ni kak chomz oii.... Nasib baik kene gulung popia. Kalau tak mau i join Linda dlm bilik berdengkur!! huhuhu...
Lepastu, agak la dlm kul 1830, kami dah start nak get readykan set BBQ. Ketuanya husband puan Jane n my Mr Hubby. Ahli jawatankuasanya si Herry n En Azely. Kaum ibu? laa.. tadi lunch kan kami dah buat. Kali ni we just leave it to the macho man la plak.. Tapi salute gak kat si Herry sebab dia boleh berada dalam dua-dua pihak. Pagi sampai malam dia jd ahlijawatankuasa. Cayalah!!
I terpaksa beredar awal sebab sebenarnya nak gerak balik mersing malam tu lepas majlis. Nak melawat adik mr Hubby accident. Patah bahu katanya.. Hmm.. bakal pengantin ni ada-ada jer lah. So, I blah dalam jam 2100. Tau tak, kitorang reach mersing kul 2230? Giler tak mr hubby bw kete. Aku mang la tak berapa nak sedarkan diri sebab perut dah kenyang, suis mata susah nak on...hahaha...
See... kaum ibu-ibu mithali berkumpul sambil lepak-lepak layan kerenah anak...;)
Friday, April 6, 2012
Sanggup ker tak?? Pikir la sendiri...
Hai.. lama tak hapdate status kat blog umi ni. Hari ini, waktu ini, jam ini, datang la ilham (ilham ker?...) untuk update kat sini. Tak der la ilham sangat. Sedang tunggu machine copier memuntahkan hasilnya, maka aku terberangan kejap. “Sampai bila la aku nak keje kat sini? Kalau la umur panjang, dan kalau la rezeki masih kat sini (company ni la) adakah aku masih duduk kat department ni uruskan semua document-document ini? Dan yang paling penting, adakah aku masih duduk kat post yang sama? Executive Document Control!” Chet, sekarang ni pon derang kata Diploma holder tak layak sandang post executive tuh!. Maksudnya? Maksudnyaa... aku ni selayaknya duduk kat kerusi Non Executive aje. Habis tu, kalau cenggitu, aku tak boleh la melangkah kemana-mana?. Erti kata lain, tak yah la aku nak berangan nak jadi Senior Executive ker, Senior Executive II ker, and lebih-lebih lagik toksah ler berangan nak jadik boss!! Ada hati la plak Diploma holder nak jadik Boss. Kekeke... Melainkan la kalau pangkal nama aku tu ada letak ‘Chua’ ker, ‘Ng’ ker. Senag jer melangkahnyer.. Abis tuh, ‘Binti’ aku nak letak mana? Err.. lagik satu, kalau rasa-rasa berangan nak jadik boss boleh aja. Run bisnes sendrik. Pinjam duit bole?? Gheeee.... Agak-agak bole lepas bukak kedai Frozen Food jer ok ler...;)
Friday, December 9, 2011
Anak..
Aku ada dua orang anak perempuan. Seorang berumur setahun 10 bulan. Seorang lagi baru berusia 3 bulan lebih. Bila selak-selak surat khabar sekarang ni kita selalu dihidangkan dengan berita-berita mengerikan yang boleh dikatakan 60% membabitkan kes rogol, tangkap khalwat, kawin lari, buang anak, dadah, bohsia, pelacuran, pemerdagangan manusia dan macam-macam lagi... Sangat menakutkan. Tu belum masuk yang jadi perempuan simpanan sebab nak kaya! Aku ada dua orang puteri yang sangat aku sayang. Dan aku sangat takut kalau tersalah didik diorang berdua nih. Zaman sekarang dah banyak sangat berubah. Didik terlalu keras pun tak boleh. Didik terlalu lembut pon payah.
Sekolah agama. Sekolah ni mendidik manusia sedari kecik tentang budaya islam, akhlak, ibadah, al-quran, rohani dan jasmani. Tapi, sejauh mana ia berkesan untuk anak-anak kita yang bersekolah agama ni tak terjebak dilorong gelap bila diorang ni menjengah dewasa kelak? Sekolah agama ni cuma wujud kat negeri Johor jer. Kat negeri lain macam kat KL ke, Melaka ke, Perak ke, Pahang ke diorang tak ada sekolah agama. Kalau ada sekolah agama pun, sekolah swasta atau sekolah pondok macam kat Kelantan or Terengganu. Aku tak kata anak kat negeri lain tu tak bagus sebab tak sekolah agama. Even kat Johor yang ada sekolah agama ni pun, masalah buang anak still je merata-rata. Malahan perempuan-perempuan kat Johor ni kalau keluar rumah pun ada juga yang rambut kaler merah, baju nampak pusat atau pon lurah punggung terdedah. Entahla, mungkin mereka masuk sekolah agama masa kecik-kecik dulu tapi tak graduate. Tak boleh juga nak kata macam tu. Sebab ada beberapa hari lepas, aku terbaca keratan akhbar seorang ustazah ditangkap berkhalwat bersama pasangan. OMG! Yang ni memang kes naya. Kalau dah pendidik boleh buat macam tuh, bayangkan apa ilmu yang diorag ni turunkan kat anak-anak murid diorang??
Pengaruh rakan sebaya. Yang ni sangat menakutkan. Mak ayah pergi kerja cari rezeki. Hantar anak kesekolah waktu pagi. Ambil petang waktu balik kerja. Nampak anak kat rumah waktu malam je. Anak-anak lebih banyak menghabiskan waktu bersama rakan sebaya. Kalau tersalah pantau dengan sape anak-anak kita berkawan, padah! 80% quality time anak-anak kita adalah bersama kawan-kawan dan rakan sebaya. Kalau kawan diorang ni jenis ulat buku, maka ulat buku la anak kita. Kalau ulat air? OMG!! Teringat ujung bulan lepas seorang sepupu mengadu yang anak beliau dah pandai ber’boypren’ and naik motor keliling kampung dengan lelaki. Balik sekolah lambat, beritahu kat mak konon pergi tusyen, ulangkaji dengan kawan-kawan. Mak percaya sebab ujung tahun nak ambil SPM. Nak tambah sakit hati sang ibu ni lagi, raya yang lepas, jiran menuduh anak beliau curi handphone suaminya! Aduh, sedihnya seorang ibu kalau anaknya dituduk mencuri. Bila tanyer, tak nak mengaku. Siap marah-marah kat mak kata mak suka dengar cakap orang. Tapi tetiba tu boleh bawa balik handphone baru. Katanya, kawan hadiahkan sempena hari lahir. Kesian aku kat sepupu tu cerita sambil nangis-nangis bila gaduh dengan anak. Siap anak tu boleh kata tak nak mengaku mak! Perghh... terus aku terbayang kat anak aku yang dua orang tu. Bayangkan kalau dari kecil anak tu dijaga di tatang bagai minyak yang penuh. Makan mak suapkan, baju pun mak yang belikan, seluar dalam pun mak yang cucikan, tetiba nak cakap tak nak mengaku mak! Sedih pulak tetiba..;( Ni belum aku ungkit macamana nak keluarkan dia dari rahim dan jaga dia dari tapak kaki saiz dua jari.
Zaman sekarang tak payah nak sibuk cek anak orang. Lebih baik jaga kualiti anak sendiri. Kalau dah nama ustazah pun boleh terjebak dalam kancah khalwat, Imam pun boleh terlibat dalam kes rogol, Ya Allah, dunia memang dah nak kiamat. Manusia dah tak ada rasa takut. Amanah Allah kan. Didik dan coraklah anak sendiri untuk jadi Yahudi atau Nasrani. Subhanallah!
Hai anak-anak ummi.. Satu hari nanti anak ummi akan meningkat remaja dan kian dewasa. Walaupun ummi dan ayah bukan la tergolong dalam kalangan orang-orang alim atau kuat agama, tapi ayah dan ummi akan cuba sedaya upaya beri didikan yang terbaik untuk anak-anak ummi. Dan, kalau ummi tak bernafas lagi kat dunia ni, ummi harap anak-anak ummi pandai jaga diri , jaga maruah keluarga, jaga nama ayah dan ummi. Ummi harap anak-anak ummi nanti berjaya dalam hidup didunia juga akhirat. Ummi dan ayah sayang sangat kat Eisyia & Eiryin...



