Sunday, October 28, 2012

Mak Pak pi tunai rukun Islam ke-5

Entri ni sepatutnye on 05 October yang lepas. tapi tau la, masa sangat cemburu dengan saya. dan pula tangan ni sangat malas nk menari depan lappy ni. tapi hari ni, terpaksa gagahkan juga sebab entri ni hanya sekali seumur hidup... mungkin (buat masa ni mentioned sekali jer la. kalau panjang umur, murah rezeki mak pak aku pi haji sekali lagi adal a entri yang ke-2 or ke-3nya..)
sebenarnyer cuma nk memorikan kenangan ni kat blog ni jer. ye la, dah lama mak n pak saya apply dengan tabung haji nk pi mekah. tapi baru la tahun ni hajatnya tercapai. Alhamdulillah.. sempat la jugak mak pak saya berkunjung ke rumah Allah. syukur...
tuu.. kita tengok gambar-gambar yang sempat saya snap sempena penerbangan mak n pak saya hari tu..

bakal haji sedang berpusu-pusu mendaftarkan diri di kaunter. pagi wooo... kitorang sampai masjid jam 0530am sempat tunaikan suboh kat situ sekejap. lepastu terus masuk sini jam 0630am. kira kami ni orang terawal dr terawal jugak la.

haa.. atok bersama cucu-cucunya... anak saya lettew..

hmm.. betulkan apa yang tak betol. cek apa yang patut...

tadaa... selesai registration, posing sekejap untuk kenangan. Opss... my mr hubby takder dalam picture la plak..

haa... tu. selitkan gambar dia sekeping. saya pulak disappear. hihihi...
ok. jum kita cek apa terjadi kat dalam..

tengok tu. kami dah standby... action!

hahaha.. TERBAEKK!!... kitorang memang selamba katak...

hahaha... buat macam dalam rumah sendiri jer... siap bekalan dunia supaya tak kelaparan. bangun jam 0300am pagi ok nk siapkan segala juadah tu. karipap, roti canai, air kopi. kellessss kau jah!

ish..ish..ish... ini budak ha, memang bikin itu airport ha, macam itu rumah dia jugaa...

tengok tu.. hadoiyaii...

ops.. lupa plak yang nih. tu duit arab da... tukar dr rm1000 kepada rial. berapa entah en hubby dapat, lupa plak tanyer..

nages la plak mak cik dia betolkan ikatan rambut. dah la dtg sini lum mandi. rambut bangun tido. bau mashamm...;)

yang ni buat muka comel la plak.. eeee... geram!
lama jugak la kitorang kat luar  ni sementara tunggu bakal haji dipanggil masuk kedalam balai menunggu.

ok. masa dh time. bakal haji dah kene panggil masuk dalam. blur plak picture nih. xper la.. janji tau tu siapa.

ok. dah penuh orang keliling. tak bole dah nak selit-selit bagai. nk posing-posing bagai. nak snap-snap bagai. mintak maap la yer. ada yang kene tembak pulak kang. kemudian, mak n pak pon masuk la kedalam balai menunggu. semua tabung haji dah sediakan. jemaah just bawa badan dan keperluan yang diorang nak bawa jer. pasport, document perjalanan, apa-apa bagai semua tabung haji dah sediakan.
memang terbaik la. terima kasih tabung haji.
dan hari ini, sudah 25 hari diorang kat sana.
so far, sihat walafiat. dapat kerjakan haji dengan tenag. semoga mak n pak saya dapat haji yang mabrur!
sekian..





Sunday, October 21, 2012

genap 12 hari

Yes.. Alhamdulillah. terima kasih Allah atas rezki yang Kau berikan ini. Syukur Alhamdulillah. Hari ni genap sudah 12 hari kedai runcit en. Hubby beroperasi di Kafeteria HSA. Syukur, semakin hari semakin menggalakkan. Berkat doa family, usaha, maka tersergam sudah kedai runcit yang menyediakan makanan ringan seperti roti, keropok, gula-gula, buah potong, top up pun ada disediakan. Macam-macam pon ada...

Dan hari ni, genap sudah 12 hari kedai yang mula beroperasi sejak 11 Okt yang lepas. Sekarang, hujung minggu jer mesti nk duk melepak kat kedai en Hubby.. Rajin la sebab benda baru kennn...  

Kedai beroperasi dari seawal 0700pagi hingga lewat malam. kadang-kadang tu en. Hubby tunggu sampai lewat 12malam. tapi tak larat pula kan nak kene tunggu sampai masa cenggitu hari-hari. kesian plak rasa kat pelanggan yang mengharap tetiba sampai, kedainya tutup. mesti hampa kan. tapi, takkan nak tido kat kedai pulak.. sekarang paling lewat pon jam 1000mlm dah kene tutup kedai. dah la en. Hubby keluar rumah anak-anaknya belum bangun tido. balik umah anak-anaknya dah tido. bis cam no?? kene pikio cara lain nih.

p/s ; Disebabkan kedai buka 366/setahun, makanya event-event famili yang ada kene plan betul-betul sebab masa sangat terhad...;)

Monday, September 24, 2012

i-pad perisa asam jawa

Ehem.. ehem... besar sudah anak dara saya. rasa macam baru je semalam menikah. anaknya dah keluar dua orang. sekejap jer masa berlalu sekarang ni rasanya. esok-esok dah nak masuk tahun 2013. wah... jauh perjalanan saya. sekejap jer dah tua. errr... senja berlabuh!! rasa-rasa macam baru last week meronggeng dengan teman-teman kat danga bay sampai lewat malam. tetiba jer hari ni sedang bebelkan anak-anak buat sepah. wakakaka...
Aisya dengan Airyn dah besar dah pon. kira dah boleh terima simple instruction. tapi kadang-kadang sengaja menguji tahap kesabaran umminya... ya! sangat menguji kesabaran saya. hmm.. yer la kalau tak, takkan la dengan selamba si Aisya bole rendam i-pad dalam semangkuk air. warghhh!!! nak nanges nengok i-pad rendaman air asam jawa ok!
kisahnya? malam tu si Airyn demam. konon ikut la petua jelum dengan air asam jawa. dah kejadian tengah malam kan, ummi malas nak simpan air tu kedapur, letak jer bawah katil sementara. esok pagi je la kononya nak bawa kedapur. esok pagi tak dan pon ummi simpan air tu, i-padnya dah berenang-renang dalam asam jawa. aduh, nasib baik la malaikat menyeru tiba-tiba bagi pilihan sayangkan anak ke sayangkan i-pad. phewww.... jeling je la yang mampu hadiah kat Aisya. tu nasib baik la malaikat yang seru. kalau iblis laknatullah yg seru, hish!  tah kemana la si Aisya tu agaknya. si Airyn terkulat-kulat jer la ummi dok membebel kat Aisya.
tapi en husband saya memang TERBAIK... dicerai-ceraikan i-pad nyer tu satu-satu. dan hasilnya... sekarang i-pad sudah boleh digunakan kembali...saya suka.. saya suka.. (*sambil blink-blink kan mata dan buat muka cute). tak payah hantar kedai, dan tak payah keluar modal. jimatt belanja. yer la, dah la sekarang tengah bajet-bajet nak beli lagi satu (*konon-konon. sebab tak larat nak lerai perebutan harta anak-anak. anak cyber la kononya.)

p/s ; permainan anak zaman sekarang tak macam kita dulu. guli, teng-teng, batu seremban, anak patung. adoiyai, pening!!


Wednesday, June 20, 2012

wrinkle ooo wrinkle!!

 
nampak tak?
itu tangan saya.
motip upload gambor kat sini?
sebab saya nak cerita yang tangan saya dah banyak wrinkle!
Jum, zoom rapat sikit.
 
Nampak? Teruk kan?
Zoom lagi rapat...



 Taraa..
 
Tangan saya dah tua...*mood sedeh* kenapa nak sedeh?
huhuhuhu.... fenin *wink, wink, wink...

Sunday, June 17, 2012

Dah setahun dah..

Hai.. assalamualaikum dan selamat pagi uols... duduk diam-diam, dah pon setahun aku kat dunia QA System ni. Kalau anak kecik, dah bole bertatih la kiranya. Dan.. hari ni pon genap la Airyn 10 bulan. Apa dia boleh buat sekarang? Hmm..dah bole memapah sikit-sikit. Tapi still takut-takut lagi. Gayat agaknya. Kesian, agak dia gayat sikit, mula la menjerit-jerit mintak didukung. Hadoiyai... kakaknya pula rajin sangat menyakat. Sakit jantung ummi nak oii... Tu..gambar terbaru kakak & adik... Aku? sejak meninggalkan 100% dunia finance, aku agak bahagia dengan hidup baru ni. Banyak jugak aku belajar. Yang selama ni aku kat finance tercari-cari apa lah yang department lain bizikan hari-hari terjawab la sudah. Hahaha... bukan la bersangka buruk kat diorang. Tapi tertanya-tanye je. Memang berlainan dunia. Kalau dulu asyik dengan kalkulator, sekarang sudah ada tools baru. Nak tau apa? K.A.M.U.S aka... Dictionary!! Bukan la jadi translator. Tapi aku yang kekadang tak paham bahasa asing ni.. Whewww...

Monday, May 7, 2012

Masak-Makan-Masak-Makan lagi..

Hahaha... lagi sekali. Kununnya arrange kan potluck yang kedua. Kali ni giliran umah aku. Dan... untuk kali ni, aku sajes menu wastern. Alahai.. western la sangatt... Hoh, cer tengok list barang yang nak dibeli tu..
Ha.. ni baru jer senarai yang terpikir setakat semalam, 07 May 2012. hari ini dah ada penambahan lagik. Nak masukkan puding as kita punyer pencuci mulut la katanya. Esok kot la ada penambahan menu tu, makin panjang la listnyer gamaknya... hishh... temanya makan sampai pensan!!

Friday, May 4, 2012

Interim tokey kantin

Alkisah, aku yang membazirkan cuti tahunan konon nak nolong en hubby jaga kantin mak. Mak dia, a.k.a ibu mertuaku. Beliau pergi mengerjakan umrah bersama ayah mertua dan anak bongsu a.k.a adik iparku. Diorang pergi 10 hari. So, kami la interim tokey kantinya. Kuikuikui.... Interim la sangattt. Aku? Sengaja membazirkan cuti tahunan sebanyak 3 hari semata nak ikot en hubby balik kampung. Dia boleh la, amik cuti 2 minggu gitu. Aku tak bole la nak ngambik lama gitu. Ada yang siang malam mimpi buruk pulak kan... Aku bukan la nak cerita apa sangat pun. Cuma, bila duk berdiri depan kantin sekolah ni teringat zaman aku sekolah dulu. Setiap pagi, sementara aku bersiap kenakan uniform tu mak mesti sediakan sarapan pagi bersama air panas secawan beserta duit belanje seharian sebanyak 30sen. 30sen ok! Tu dulu zaman aku sekolah rendah. Lebih kurang 20 tahun yang lulu. Errkk... 20? Besornya angka.... Zaman dah berubah. Kalau dulu 30sen tu bole beli air secawan seposen, kuih sepotong seposen. Seposen lagik masuk tabung. Tu pun kalau teringat nak menaabung. Kalau tidak, bawa ke sekolah petang pulak. sekarang kalau anak pargi sekolah bawa 30sen, alamat duduk tepi pagar kantin je la gamaknya. Budak sekarang paling sikit bawa rm3. Tu sekolah pagi je. Kalau sekolah petang, mak kena bagi lagi rm3. In total, rm6 sehari. Perghh.... Bersiap sedia la aku 5 tahun lagi Aisya masuk sekolah rendah. Belanje dia seharian dah sama dengan aku yang seharian kat opis. Rm6 x 20hari= rm120. Ni belanje sekolah seorang. Duit transport, baby sitter tempat salin baju lagik, tusyen, Adeh.... Botak la umi. Hmm... Kena mintak boss naikkan gaji lor... 5tahun lagik bole cecah gaji siling ke boss? Hehehe...