Sunday, April 20, 2014

25 weeks


Alhamdulillah... Dah pon 25 minggu kandungan ummi. Syukur kepada yang Maha Esa. Apa pun anugerah dariNya adalah yang terbaik untuk kami. Kami terima dengan penuh kesyukuran. Semoga kami terus beriman pada Mu Ya Allah wahai tuhan kami yang Maha Esa. 

Muhammad Faris Aufa Bin Mohd Muzamil andainya janin yang bakal lahir nanti adalah lelaki. Andai ada keizinan dariNya. Semoga menjadi anak yang soleh, sihat sempurna dengan hak keatas nama yang mulia iaitu Nabi Muhammad (SAW). Aminn... 

Thursday, December 19, 2013

Doa untuk Muhammad Farish Aufa Bin Mohd Muzamil

 

Bismillahirrahmanirrahim…

Oh Allah, sesungguhnya hambaMu ini sentiasa meminta hanya pada Mu. Dan untuk kesekian kalinya, hamba Mu yang kudus ini memohon juga hanya pada Mu. Jika dengan perkenan Mu, maka tunaikan lah permintaan ku ini..

Ya Allah, sesungguhnya aku akan menamakan janin yang bakal membesar dalam perut ku ini dengan nama Muhammad (S.A.W). Maka dengan itu, kau jadikan lah untuk kami seorang bayi lelaki yang soleh, sempura akal dan sifat dengan hak keatas nama yang mulia iaitu Muhammad (S.A.W.)

Terima kasih dengan kurniaan Mu Ya Allah. Sesungguhnya hambaMu ini adalah sangat lemah dan tak pernah merasa cukup dengan anugerah dari Mu. Maka, kurniakanlah kami sekeluarga sekeping hati yang sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah dan akan Kau kurniakan. Jangan lah Kau lalaikan kami pada apa jua yang membawa pada kesesatan.

Ya Allah, andai tiada perkenan/izin dari Mu untuk aku mengandungkan bayi lelaki untuk kali ni, aku redha. Dengan rendah hati, kau berilah kami sekeluarga sekeping hati yang tahu mensyukuri nikmat dari Mu. Sesungguhnya hanya Kau yang maha memakbulkan segala doa dan  permintaan. Kau maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Amin Ya Rabbal Alaminn…

Wednesday, October 16, 2013

Hari untuk lembu dan kambing pose di Instagram & Facebook

Hahai.. Tajuk tak mengagak! Tapi betul lah, time ni la orang akan post gambar lembu ataupon kambing dalam Instagram mahupon Facebook. Ikut musim la katanya.. Hari Raya Haji semalam kami sekeluarga buat korban. Maka, tumbanglah lembu seekor. Tapi kami tak post gambar lembu. kami upload gambar ahli keluarga sedang bergotong-royong melapah daging lembu. 

Tadaaa... Lembunya dah siap disembelih. Kami tak tengok pon. Just cakap kat tukang jual lembu yang kami nak lembu dah siap sembelih, belah dua, siat kulit. Nah, dari situlah kerja-kerja melapah oleh ahli keluarga bermula...

Kami buat kat  rumah Cik Li. Lokasi sebenar kat Parit Maklumi, Pontian. Ni semua niat mak. Dia yang beriya nak membuatnya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. 
Ok, nak dijadikan cerita, kalau ikutkan, kami 4 beranak gerak dari Waha beramai-ramai lepas solat Aidiladha. Tapi, berat je hati aku ni nak gerak balik. Rupanya tengah malam raya tu si Aisya demam sampai sakit telinga. Maka, kami bawa Aisya ke KPJ jam 2pagi. Haishh... Ni dah kali ke-2 kami bergegas ke spital sebab budak-budak demam pagi-pagi buta. Dulu, sekali si Airyn demam panas. Siap kene tahan lagik. Time tu Airyn berumur 5 bulan masuk bulan ke enam. Cuak giler demam sampai gigil-gigil. 

Eh, ni bukan nak cerita pasal demam. Ni nak cerita pasal Hari Raya Korban. Baiklah, sesampainya lembu ke rumah cik li, kami pon start lah melapah. Kerja-kerja dibahagikan kepada beberapa section.. Picture atas tadi section melapah...

Yang ni sectian mengasingkan lemak-lemak dari daging..

Yang ni section menimbang. Pembahagian mesti sama rata. Baru adil. Semua akan dapat bahagian...

Hahaha.. Ni sapa mau kerjakan? Lupa nak amik gambar mata lembu dekat-dekat. Lembu bermata biru... 

Dah siap bungkus-bungkus, kami berpecah pada dua bahadian. Mak bawa daging balik Waha untuk agihkan kat orang block. Aku agihkan bahagian Benut dan Gelang Patah.

Selesai pengagihan tu. Ceh, macam la banyak sangat bahagian aku kan.. Alah, kat Benut cuma dua rumah je. Parit Jambi satu. Parit Madirono satu. Yang lain aku bawa balik Gelang Patah untuk Kak Susy (babysitter Aisya), mak mertua dan Faizul ngan mak dia. Yang bungkus lagi untuk aku dan keluarga aku lorh... Bila la aku nak memasak, entah lah. Jangan ada aku bawa balik Waha semula suruh mak masak sudah..:)




Monday, September 16, 2013

Lunch Group

Again. We had lunch date with the 'Quality Head'. Not so called as 'date'. Lets call it as 'lunch group'. Out from office @ time 12pm. The lunch arranged by Molly, our QS Manager. 
Haish... Memang pantang kene belanja..  Lajuuuu.... Menuju. See see... the 4 angle in front. 

There we go, we enter to Stone Grill..

Cheers.. The 6 of us.. Me, of course the one who take this very nice happy picture..

The person who will pay for our lunch today. Thanks You sir..!

Yes, this is mine. I took menu number 56 sharing with Shima. Bismillahirrahmanirrahim... 

We manage to cooked and finish our lunch at time 2pm. Actually, this session is to have a very close one to one, heart to heart talking with the boss and associates. Ngeh.. Ngeh... Ngeh....

*But of course, my friend said I am a paparazzi. Silence and do my work to get all the evidence. Tapi pasang telinga hokay for the report. Muahahaha!

Hei, Shay have to attend meeting at 2pm. We out from Jusco and rushing to office. We reached to office at 0245pm. Mati la... Kene marah. Bukan I,  boss yang kene marah. Kih kih kih...


 



Tuesday, September 10, 2013

Farewell untuk Gee

Gee ni dulu budak finance. Under Rao. Buat Treasury. Aku dulu kan famili finance jugak. Tapi section AP. Dah dekat dua tahun lebih tinggalkan dunia kewangan. Sekarang dah bahagia dengan famili Quality. Harini aku dan kawan-kawan buat majlis farewell untuk dia. Ye la, orang nak pergi UK. Sambung study. Famili ikut sekali. Untungla.. Suami kerja kerajaan. Ambil cuti setahun ikut isteri further study kat UK. Anak-anak pun join sama.. Gee nak fly ke UK 18 Sep 2013 ni. Tapi 13 nanti dah gerak ke Perlis, kampung husband.

Semua ni orang-orang finance CVJ. Ada lagi sebenarnya. Tapi yang lain semua chinese, diorang tak join atau lebih terang tak ter'invite'. Aku ngan Syikin pon bukan dari kalangan orang finance. Saje nyibuk meriahkan majlis.. Gambar aku takde sebab tengah ambil gambar..


Tengah-tengah sembang, ada satu group minta Syikin tolong take picture untuk diorang. Kelakar betul, dalam gelak-gelak reramai tu Syikin menjadi insan terpilih. Cayalah, ko memang penyeri suasana. Happening selalu!

Yang syoknya, keluar dari restoran tu saing-saing dengan group yang minta Syikin amikkan gambar tadi. Kat luar, boleh pulak dia minta Syikin amikkan lagi. Hahahahaha.. Ko ni memang intan terpilih.

Tak nak sia-siakan peluang yang ada, kami minta la dia amik picture untuk kami juga. System barter kononnya, ni peribahasa si Linda. Yang aku tau system barter zaman sebelum kedatangan matawang lagi. Itupon tukar barang. Haha.... Rosak bahasa kalau campur dengan diorang ni lelama.. 

Untuk Gee, semoga selamat pergi dan kembali ketanah air membawa kejayaan yang dicita-citakan. Ehem..ehem... Belajar rajin-rajin. Jangan bazirkan duit kerajaan tau! Good Luck dear...




Annual Dinner and Dance 2013

Lets ber"Around the World" together friendsss!!
Just look, before the costume on me! Muahaha...!
Dah macam the witch pulak aku tengok.. Tongkat je tak der. Kalau tidak, "abra kadabraa.." Hahahaha.. Terus bertukar jadi Snow White. *wink wink, feeling cute sekejap..

Ha, jumaat yang lepas, aku attend event company. Tema tahun ni adalah "Around the World". So, kami tak ada masalah nak cari costume. Sarung je yang rasa-rasa berkenan dihati. Janji menepati tema. Tak kira la negara mana sekalipon. India, China, Amerika, Affrica, Indonesia.. Tapi majority, they all play safe. Ramai yang save budget or just dont know what to wear. The Chinese was wearing cheongsam, Indian wearing sari. Pada aku, diorang ni semua penakut untuk mencuba sesuatu yang lain dari diri mereka. 

Aku? Opkos la I tak pilih baju melayu. Tahun ni, aku pilih lengga for my costume. 
Tadaa... Do I look like Madhuri? Sukeee sangat... Shining-shining you.. Dari jauh orang dah nampak. OREN gituuuuu!

Okla, tak nak cakap banyak. Aku show picture-picture sepanjang majlis bersama kawan-kawan ye...

Ok Indian, China, Korea on registration..

Berjalan menuju ke Dewan. *time ni, aku feeling-feeling ayu, ala-ala Madhuri gitu..
Macam perantin Hindustankan? Alah, payung kat tangan tu spoil la.. Macam ceti haram pulak. Eh tak tak.. Still Madhuri. Madhuri yang pergi kutip hutang ;) 

Okeh, bergambar bersama sebentar sementara menunggu majlis mula.. Dari kiri, kak ina, aku, Dayah, Mas, Erma.

Okeh, dapat tempat duduk... Yang tudung kuning yang ayu tu, Linda.

Ok, dah penghujng majlis, bergambar bersama GM. Ops, GM yang datang kat kitorang nak bergambar sama hokay.. Kami relakss... Je. Hehehehe.... All out tak all outnya kitorang, GM pon berminat nak bergambar sama tau... Good job all my friends!














Wednesday, September 4, 2013

Penangan Annual Dinner 2013

Kami yang menggunakan waktu kerja demi menukar image tuan manager kepada malay look. Hahai.. Maka 6 ladies menemankan tuan manager ke Angsana untuk membeli baju melayu. Kata nak malay look. 1st nak kene tukar mestila baju.. 
Tengok... Handsomekan? Macam budak nakal dalam cerita omputih...
Siap sampin ko kami carikan... Bersama dengan brooch untuk butang baju tau. Opss.. Lupa amik gambar brooch pulok..

Hokay.. Lepas tu kami serang kedai Hua-Hua kat level 1. Beli brooch. Yang bestnya... Semua ditanggung tuan manager. Seronokkkk... Pilih-pilih, hamik jer kalau berkenan. Tuan manager bayar...:)
Okay.. Lets tuan manager settle the bill 1st. Kami, callow....

Next destination? Opkos la isi perut yang tengah kebuloq. Dari pagi tak breakfast tau..
Okay... PA tengah goreng ayat kasi manissss... Hahaha.. Gasak la ko shima nak cakap apa pon..
Yang penting aku nak ngap!!

Dan kami sampai kat Secret Recipe.. Yeeehaaa....
Ok. dah setting tempat duduk, kami tengok-tengok menu. tengok Muka tuan manager tu. Dalam hati dia mesti kata, "Habis aku kene ketuk harini...!!"
Hihihi... Nasib ko la tuan manager...

Sementara tunggu main course sampai, ngap pebret kek dulu.. Nyum..nyum...

Oh yes! Makanan dah sampai. Masa untuk NGAP!!
Bismillah hirrahmanirrrahim.... Jemput makan semua..
Yang ni aku punye. Stewed ausie beef steak! Nyum... Lazattt...
Mana bole tak lazat. Sampai licin aku kerjakan.. Hahahahaha...

Lepas semua dah habis makan, kamimpulang ke opis kerja macam biasa sampai petang..
Petang ni nak gi cari inner tudung pulok..

Oh ya.. Lupe nak bagitau. Yang beriya tukar image tuan manager untuk jadi malay look ni adalah untuk  kitorg punyr annual dinner jumaat ni.. Temanya.. Around the World!!