Kalau nak ikutkan tarikh sebenar orang tua saya sepatutnya sampai ke tanah air pada 19 Nov 2012, jam 0855pagi di Senai, Johor Bahru. tapi kesihatan terganggu disaat akhir tarikh penerbangan pada 18 Nov 2012. tabung haji terpaksa masukkan bapak saya ke Hospital kerajaan Arab dan warded disana selama 3malam. Hari ini, dapat call dari mak mengatakan yang bapak dah boleh keluar petang nanti. maka mereka akan transit sekejap di klinik Tabung Haji Jeddah sementara menunggu penerbangan seterusnya ke KLIA pada 22 Nov 2012. Dijadualkan akan sampai ke tanahair pada 23 Nov 2012, jam 1250 tengahari di KLIA. Syukur alhamdulillah. kalau dah sampai ketanah tumpah ni senang la sikit urusannya berbanding di obersea tu kan. cuma mak je yang ada kat sana. dengan keadaan mak yang tak berapa nak sihat, macamana la agaknya dia uruskan bapak kat sana.
malam masa sepatutnya diorang dijadualkan naik kapal terbang tu mak called saya. beritahu yang diorang tak dapat balik sebab bapak demam. demam biasa katanya. tak perlu risau, tak perlu hantar2 duit, tak perlu takut. tapi kita bila dengar cenggitu mula nak cr info tak kira la dr mana2 sumber sekalipon. malam tu jugak bapak telepon en.hubby cerita yang dia berada kat hospotal kerajaan arab sebab saluran darah sumbat. maknanya? stroke! Ya Allah, seramnya saya waktu itu. kalau dekat sure saya dah ada kat depan katil bapak. bapak dah tak boleh bergerak cergas. cuma sebelah tangan sahaja yang mampu bergerak. tu pon sangat lemah katanya. menurut en hubby, suara bapak sangat lemah. dah agak sukar untuk difahami sebab mungkin sakit yang dihadapi.
19 Nov 2012. orang tua saya sepatutnya sampai bersama kumpulann tabung hajinya KT65 jam 0855pagi di senai. Dengan itu, kami berempat terus gegas ke airport untuk sambut kepulangan mahram tumpangan orang tua saya disitu. berjumpalah kami dengan Wak Laila. jumpa belian pada jam 1130pagi. kami bertanya khabar orang tua saya disana. bapak orang yang sangat aktiv disana. dia memang ada sakit gout. menurut wak laila, bekalan ubatnya habis. tapi dia tak nak ambik kat klinik. degil. memang orang tua tu degil sikit orangnya. mungkin itu penyebab dia sakit dihujung hari dia disana.
dah dapat info dari Wak Laila, kami pon pulang kerumah. kami sampai rumah jam 0400petang lebih kurang. tau apa yang terjadi? dapur rumah saya pecah. lebih tepat meletop! sebab kaca bertaburan kat ruang dapur sampai dedalam bilik air. hahaii.. apalah nasib.. maka petang tu juga kami 4beranak kekedai mencari dapur. kalau tak beli nnti dapurnya tak berasap pulak... melayang la jugak rm450. huhuhu...

No comments:
Post a Comment