Friday, April 8, 2011

Penjagaan Awal Gigi Anak

Yeay... saya dah ada gigi... boleh makan apa Umi makan...;)

Zoom dekat sket... my 1st pearl is showing up...;)

Salam semua..
Tajuk entry kali ni pasal gigi pulak. hehehe..
Sajer jenjalan, cr artikel tentang penjagaan gigi kanak2
Yer la.. even gigi Eisyia baru jer masuk 6 btg, nak gak tau
mcmane penjagaan? haruskah Umi berus gigi Eisya?
Or.. biarkan jer.. kata ompitih, follow the flow...;)
Tak.. penjagaan gigi seharusnya bermula seawal diperingkat janin lagik!
Haa.. tu dia. korang tau ker?
Xtau, ni nk habak mai nih..

Pembentukan gigi sebenarnya bermula di peringkat janin iaitu semasa kandungan berusia lima dan enam bulan. Lepas tuh baru la gigi susu atau gigi yang akan berganti akan tumbuh. Biasanya kesemua 20 batang gigi susu akan tumbuh pada pada umur tiga tahun. Jadi, utk ibu2 yg pegnen tuh, kene lah jaga pemakanan. amalkan pengambilan kalsium yg secukupnya. sebab tu la hubby belikan susu utk umi. tapii... I xminum susu...yerrkkkk!!!

Yang tu penjagaan semasa diperingkat janin. Kalau diperingkat bayi plak, kene cuci gusi menggunakan tuala basah yg lembut selepas minum susu. (adeh.. yg ni payah sket nk ikot. sbb lps susu, biasanya Eisya akan tido... cane nk kejutt?) sebaiknya dilakukan sebab nk mengelakkan karies gigi terbentuk akibat sisa susu yg tertinggal di gusi.

Setiap batang gigi, jadual pertumbuhanya berbeza. Bermula dibahagian hadapan seterusnya kebahagian lain. Sebab tu, peranan ibu bapa mendidik anak menjaga gigi sedari kecil sgt penting.

Ajar la anak gosok gigi pagi & malam. Ibu bapa pon kene la beri contoh yg baik untuk anak2. kalau boleh, buat sama2 dgn anak. baru la anak2 semangat ckett...;)

Gigi kanak2 akan penuh bila mereka berusia dalam lingkungan setahun hingga 3 tahn. Time ni, boleh la ajar anak menggosok gigi menggunakan berus gigi yg lembut. Tapi Eisya dah berumur setahun sebulan, baru ada 6 batang. huhuhu... penangan umi xminum susu kott...;p

Ok la.. jum find out, tip berjumpa doktor gigi kepada anak-anak;

* Seawal usia dua tahun, ibu bapa disaran membawa anak berjumpa doktor gigi walaupun tiada masalah. Jangan menunggu sehingga sakit kerana akan meninggalkan pengalaman ngeri anak terhadap doktor.
* Lawatan pertama itu cukup sekadar pemeriksaan dan membiasakan anak-anak untuk berkenalan dengan doktor gigi.
* Lawatan berikutnya selepas enam bulan untuk melihat kerosakan gigi. Jadikan lawatan ke doktor gigi sebagai family outing. Rasa gerun pada doktor gigi akan hilang dengan sendirinya apabila dipupuk sejak kecil.
* Galakkan anak minum air kosong selepas menyusu badan atau susu botol.
* Jika anak makan makanan manis, ajar mereka bersihkan gigi selepas itu.
* Elakkan memberi anak air yang manis dalam botol ketika hendak tidur.
* Ubat-ubatan untuk kanak-kanak selalunya mengandungi gula. Cuba minta ubat yang kurang gula, Jika tidak berikan air kosong selepas mengambil ubat untuk membersihkan gula yang terlekat di celah-celah gigi.
* Jangan biarkan anak-anak tertidur dengan puting susu masih di mulut kerana ia akan menyebabkan karies gigi. Org tua2 kata, nanti gigi mancung..;)

Oraitt.. sampi sini dulu info kali nih.
lenkali i sambung kalau ada update terbaik yer... plus, kalau rajin jari ni nak beraksi...;p




Thursday, March 17, 2011

Career

Salam semua...
Pejam.. celik.. pejam... celik... pejam lagik.. celik lagik... tup, tup dah hampir 10 years i've been working in finance/ accouting field. Blom campur time study dulu and even dr umur 16tahun. Hmmmm... memang byk la angka tuh. Bosan? Boring? Memang pon.. Tengok duit bebanyak dlm account, tengok currency turun naik, bukan I punyer pon... huhuhu...
memang la sumer ni bukan hak I pon. Even keje memana pon for sure bukan I punyer.
Melainkan I set up business sendiri. Baru ler kira i punyer... How I wish to have one..;)
Dah seminggu fikir dak tukar profession. Even dh cross my mind 5-6 years before pon.
Tak tau la and its always cross in my mind, 'kenapa la aku study accounting dulu?'.
Well, nobody influence/forced me pon at that time.
Hari ini, 18 Mar 2011 dengan rasa takut2 masuk bilik Mr Raj...
'Mr Raj, I saw the vacancy at the Jobstreet. May I apply for the position vacant at your department?' hehehe...
'If you ask me can or not, of course u can apply' Mr Raj replied.
Wah... what is a very interested intro...
After a few minuts conversation is ended.
And I felt sooooooooooooo release. At least apa yang ada dlm kotak hati I dah pon keluar.
Just pending for his confirmation.
After 2-3 hours, there is a Instant Messenger from Nizamil.
'Azi, which position you want? Doc. Control or Compliance?'
hehehe... rasa macam dah ada jalan untuk keluar dari 'aquarium' nih...
Believe what? After I out from finance meeting, I get a VERY GOOD news from him
'I dah discuss with Raj. You can proceed to discuss with your direct report and HR to process your internal posting'
hahahahaha... sekarang I dah boleh SMILEEEEE!!!!!
See... dalam sehari jer process tu. Tapi semua dah berlaku pon.
And I dah berjaya pon..I meant 70%. Its just... now depends on my boss...
How I wish he will release me...;(
Oh please..... dont stop me at this time. I really want to leave.
Pleasee.... Please... Please....
Kenapa I nak tukar career?
1. Sebab I dah bosan duduk di finance nih
2. I want a new JD
5. Penat buat bende yang sama
6. Penat tengok 'drama swasta' tak berbayar
7. Kalau I retire one day, I akan keluar dengan more than one experience...
8. Target nak kerja tak lama pon lagik. Maybe takes about 4-5 years from now on.
9. Nak retire after my sawit sumer dh mendatangkan hasil.. aminn... cepat2 besar k....;)
OK la.. next time I story lagik apa I punyer new JD..;)

Tuesday, February 15, 2011

Dah bernikah tapi still ada steady Girl/Boyfriend?

Salam semua....
Pernah tak dengar tentang scandal kat tempat kerja?
Agak2 kalau la bende mcm tu terjadi depan mata kita, siapa yang harus dipersalahkan? Wife? or Husband?
Pada I dua2 salah.. Dah tau diri tu dah berpunya yang pi menggatal melayan orang ketiga tu kenapa?
Yang menggoda tuh maybe just test the market. (if he/she still siggle)
But, if the person yang menggoda tu dah berkeluarga, tu namanya saje nak mintak hantaran pedang maut...
Tapi I tak paham kalau seorang isteri still nak mencari steady boypren even hubby sikit punyer handsome, caring, and even worse baru jer mendirikan rumah tangga beberapa bulan. Kalau tak suka, kenapa ikat? Kan mencari dosa namanya tu?
Last week, I baca paper, kes penceraian kian menjadi2 skrang berpunca dari isteri curang, main kayu tiga. Kenapa isteri? Hmm... mungkin ke sebab tak mendapat apa yang diingini dari sang suami? Hish... takut bila pikirkan wabak nih. Macam H1N1 yang ditakuti satu ketika dulu..
Tapi korang confirm ke jalan yang korang pilih tu terbaik?
Yer la... I pon xberani nak cakap lebih2. Kita tak tau apa akan jadi pada kita akan datang. Hati kita ni sekelip mata boleh berubah. Tapi pada I la, kenapa kita perlu pilih yang haram? Islam ada jalan yang sah untuk kita tak buat dosa... Pada manusia2 diluar sana, andaikata apa yang I tulis ni terjadi kat diri uols, bertaubatllah. Pilihla jalan yang di halalkan...

Thursday, February 3, 2011

satu petang di satu taman

Salam semua....
Entri kali ni I nk update cerita baru. Disatu hari di petang yang harmoni...;)
kami bawa Eisyia pergi taman... dekat ngan umah jer... Sajer nak test. Kira percobaan pertama la nih...
Bila tau jer Eisyia dah boleh berjalan. Umi n Ayah teruja nak bawa Eisyia ke taman.Hehehehe... excited kan? Itu lah agaknya perasaan ibu n ayah bila tau anak tunggalnya melangkah ke satu lagi dimensi baru dalam hidupnya.. Macam tu la kami. Teruja dengan bebolehan terbaru Eisyia. Keluar pagi2 sabtu ke shopping complex. Cari kasut baru utk Eisyia.
Petang, bawa Eisyia pegi taman. Main buaian, jongkang jongket,

tak ketinggalan papan gelungsor. Suka sangat Eisya main papan gelungsor.
Lihat sajalah aksi dia kat atas tu... Bukan main gelak gembira lagi dia..

Tengok... suka kan budak nih?
Hahahaha... tak tahan Umi tengok telatah Eisyia. terjerit2 suka dapat naik menatang nih.

Itu saja ynag nak di update... Next time I citer lagi k....
taa...taa....




Thursday, January 20, 2011

Is aBoUt a GiRl

Menerapkan nilai2 solehah dalam diri Eisyia... hehehe... Aminnn....


Tunggu Umi bersiap ni lambat la kan?



Future career.. I nak jadi juru make up boleh tak Umi? hehehe... Gaya minah kaypo...






Salam semua...



Nampak sikenit kat atas tuh? Rasa2 berapa umor dia ek? hm... bulan depan dh masuk setahun.



How's time fly kan? Mari saya perkenalkan si princess ni skali lagik. Nama diberi Nurish Batrisyia Bte Muhd Muzamil. Lahir di HSA pada 24.02.2010 @ time 8.15pm dengan berat 2.45kg. Keluar ikot tingkap masa minggu ker 34. MEmang tak cukup bulan masa tuh. Orang kata budak keluar ikut tingkat ni bijak. Memang bijak pon...;) Cewah, masukkan anak dalam bakul sndr ye... Kenapa I kata Eisyia bijak? Jum.. kita cek perkembangan terbaru dia...



1. Eisyia dah pandai minum guna straw. Dah lama nk update perkembangan yang nih. Tapi tak berkesempatan. Tiap kali beli air minuman vitagen, tak perlu dah nak tuang dlm botol susu lagik. Eisyia dah pandai minum gunakan straw. Lapipon straw minuman vitagen tu halus. So, no need to worry if dia tersedak.



2. Eisyia dah pandai minta makanan. Hm... yang ni susah sket. Sebab Eisyia pantang tengok orang makan depan dia. Kalau dia dekat2 orang wat tak paham, Eisyia akan rampas tanpa rasa bersalah. Aduhhh.... mungkin nak cakap dia tak reti lagik. Tapi, dengan mimik muka pon masih tak mampu menyampaikan message, per lagik... rampas jer ler...;)



3. Eisyia pandai minta susu. Yang ni sensitip sket. Ala.. sekarang ni Eisya still breast feed. Eisyia akan selak2 baju I sebab nk susu. Yer la.. nak cakap mungkin belom tau lagik. Hmm... macam kesian plak nk pisahkan. Tapi, bila Eisyia dengar suara I dia tak kan pandang susu botol. Tapi terpaksa jugak beri dia susu botol sebab susu badan dah tak berapa nak ada. Atleat dapat dua botol sehari ok la tuh. Kalau kat baby sitter tu lebih pon tak per.... So far, tak ada plak complaint dr baby sitter kata Eisyia tak nak minum susu.



4. Eisyia dah pandai minta bukakan CD. Cerita paling dia suka cerita Upin& Ipin. Tapi kalau dah selalu pasang citer yang sama, sure dia pon bosan. So, kekadang ada la juga dia minta pasang citer Disney Magic English or CD Baby Genius. Eisyia akan concentrate tgk citer tu sampai habis.




Cara dia minta pasangkan CD? Dia akan ke tempat simpanan CD tu n tarik sumer CD keluar dr simpanan. So, tugas Umi la pilih mana satu CD Eisyia nak tengok. Mudah kan? ...;)



5. Yang ni paling best. Dah lama tunggu, bila la Eisyia nak pandai jalan. Ha... malam tadi, 20.01.2011 buat pertama kalinya Eisyia menapak dalam 5-6 langkah tanpa bantuan. Ha... great. Anak umi dah pandai jalan.. Yea.,.. yea... weekend nih boleh la Umi shopping beli kasut baru untuk Eisyia...) Umi 'ter-excited' sudah.... Dengan kaki, dengan mulut dia sama riuh...



6. Perkembangan terbaru yang nih lain sket. Eisyia pantang tengok org pegang camera. Hahahaha.... tengok jer la gambar2 kat atas tuh... Hai... la Eisyia. Orang kata, like Umi like Eisyia... hahaha.. apa2 je la.




So, itu saja la perkembangan Eisyia buat masa sekarang nih. Perkembangan otaknya semakin pesat membangun... Next time sambung lagik bila ada perkembangan terbaru dari Eisyia...








P/s; Next month nak celebrate Eisyia @1st year...







































Tuesday, January 4, 2011

NEW... NeW... nEw...new....;)

Salam....
Kalau tengok title kat atas tu, sure geleng kepala kan? Sebab really3 no idea nk post apa2..
Life macam biasa... Belum ada yg baru...
2010 baru jer berakhir. 2011 baru jer nk buka tirai. Dengan berbekalkan azam thn lepas yg tak tertunai, bring forward ke 2011 plus a new things, I kene start dr sekarang..
I just dont care, I kene jugak tambah headcount rumah I lg seorang! hua...hua...hua....
kenapa ek... Jume check it out...

1. Kesian kat Eisya. Sekarang memang la dia masih terlalu kecil untuk diagihkan kasih sayang. Kecik ker? Tak la kecit sangat.. 11bulan sudah. Next month dah setahun. Tapi kalau kita duk pikir macam tuh, sampai bila pon feelings tu tetap sama. Sekurang2nya bila ada adik tu, Eisya tak la sunyi sangat. Kat rumah pon asik kene buli ngan Aunty2 dia jer. Tu pon time diorg tak der keje nak buat. Kalau diorg ada keje to do, siap la Eisya sensorang tak der sapa nak layan. So, semua kene back to her age. Main LEGO, play with her Teach Touch Turtle, watching Magic English with her, Cartoon...etc. hehehe

2. Memandangkan sekarang umur tak la semakin remaja. Ayat ni memang la very poyo dengarnya. Tapi, kalau diambang 35 masih nk pregnant lg ke? Tdk la mustahil kan? Tak pon pelik kan? Tapi.... sendiri mau ingat lah... huhuhu

3. Nak dapat baby Boy plaks. Hahahaha... macam la boleh mintak2 apa Tuhan nk bagi kan? Tapi, I tetap mintak pada Tuhan berikan aku atleast seorg baby boy.. Aminnnn.... Lagi cepat dapat, lagi senang hati I n most important, hati famili I musti lagi kembang semangkok! Dah lama dah diorg mengidam nk kan cucu lelaki...hummm.....

4. Kewangan. Sebut bab ni, memangla kalau fikir semua nak berlebih2. Tp kalau fikir tak cukup, memang la x cukup. Rezeki untuk anak2 tu ada sendiri. Kan Tuhan dah janji tu... So, fikir la MESTI BOLEH!! kita kan ada back up. kui...kui...kui....;p

5. Kerja? Ala... project pon dh kene rembat ngan org lain. Yang ni sangat2 mendukacitakan. Lembu punya susu, Sapi dapat nama. So, nak wat per pikir org lain. Kita kerja untuk famili kita. Buat aja yg termampu. Yang tak mampu nk buat, let them settle by his/ her own. 2011 punyer wish, memang takder target ngan kerja I skrg. Kerja suka2... Cheh, bole gitu??!

Ok la.. rasanya itu saja kot sebab musabab kenapa saya kene tambah headcount.
hahaha... Poyo benor bunyinya... Next week kene start nih. Mggu ni Mr Hubby keje malam. Kwang.. Kwang.. Kwang... JANGAN MARAH HA...Cheersss....!

Lets Check it out...

Thursday, December 9, 2010

Sakit Itu Penghapus Dosa Kecil..

Salam semua...
Ya Allah... One after another...
My princess baru admit hospital last Teusday due to High Fever.
Suhu badan hingga cecah 40.
Nk dipendekkan cerita, last week on Wednesday malam pi antar Eisya wat injection. Ambil Pneumococus stage 2. Macam biasa, dia xder pulak menunjukkan tanda2 nak demam. Start Kamis malam dia dah demam. Bagi ubat still in d same condition gak.
Sabtu mlm antar pi HSA emergency, doctor bg ubat, baik. Tapi sekejap jer. Ahad pagi, suhu badan naik tetiba sampai 40. X pikir panjang, immediate bw pi emergency HSA. Terus admit. Duk la sana 2 malam. Fever dah tak ada on Monday tu. Tapi tetiba plak kuar bintik2 merah kat badan n muka. Penuh!. Takut!. Doctor amik darah kali ker dua nk test sebab takut Denggi!! Result keluar on Teusday @ 11am. Alhamdulillah, xada apa... Just Ruam, jangkitan sebab panas kuat sangat. Discharged @ 2pm.

Hari rabu hantar anak ker baby sitter mcm biasa, amik macam biasa. Eisyia still weak. Maybe kesan ubat sepanjang berada di hospital.
Khamis petang, tetiba dapat berita husband baby sitter suspect TIBI. Oh my God! Immedietly amik Eisyia bawa balik. Jumaat (hari ini) hantar Eisya kerumah Mak Usu kat Skudai. Kuar umah @ 630am sebab husband masuk keje kul 8am. Takut tak sempat nk bekejar balik semula. Xtau la sape plak nak tolong jaga next week. Adoyaii!!...
Apa itu TIBI? Macamana ia boleh berjangkit? Klik kat sini kalau nak tau. Try cari sebanyak mungkin info tentang itu. Prevent is better than cure. Mudah2an doctor salah membuat andaian. Aminn.... Ku panjatkan doa yg terbaik untuk Kak Susy sekeluarga...