Monday, May 2, 2011

Positive Thinking!!

Salam semua...
Hari ni, nak ceita tentang POSITIVE THINKING! cewahh...
Semua orang akan fikir dirinya betul, benar belaka.. Betol kan?
Senyum kambing disatu pagi..
A; U tau tak, Si Polan tu memang tak cantik
B; Hei.. tak baik kata macam tuh. Yang penting dia ada hidung, mulut, mata. Sempurna maa..
A ; Tapi memang dia tak cantik. Tak percaya tanyer C. Betol tak?
C; (Senyum sambil angguk kepala. Sedang on the phone)
I rasa C lebih kepada malas nak layan. So, nak sedapkan hati A dia angguk jer la..
A; See.. I kan kata. Si Polan memang tak cantik.. Dah la tak cantik. Perangai buruk pulak tuh..
B; You memang very excited cerita tentang dia
A; Sebab I geram dia asik nak cari gaduh jer dgn I

Hmm... I jadi orang tengah OK. Senyum jer la plus comment-comment la sket..

Haa.. Apa pendapat uols tentang perbualan kat atas tuh?
Pada I, tersangat la memualkan. Sebab hari-hari dengar orang bercerita tentang sipolan macam ni la.. Sipolan macam tu la. Yang pasti semuanya negative. Kesian sipolan...;p
Memang sipolan ni menjengkelkan! Tapi... macamana nak cakap ek.. Pernah la terbaca satu phrase tu. Tak igt la camane ayat dia tapi maksudnya lebih kurang cenggini.. “Kita tak akan mampu ubah diri seorang tu ikut apa kita mahu, tapi kita boleh ubah diri kita untuk adopt dalam satu2 situasi tu” Betul ker? Ala.. bedal jer la. Yang penting paham kan?
Kebelakangan ni terasa sgt down! Tetiba rasa rindu sesangat dengan I punyer ex-tuan penasihat. Hahaha.. poyo kan dengarnya. Tapi tu la. Dulu I ada dua orang penasihat. Selalu beri I kata2 semangat yang positive. Oh, I really miss that moment! Ceh, ayat potong kepala betol nih! (Mati I kalau husband I baca nih) Tapi tu dulu. Zaman I masih single minggle. Not even kenal my Mr Hubby pon... Sejak I kerja kat ceruk pedalaman ni, tak pernah pon jumpa diorang. Long distance. Jarak memisahkan kami. Lagi pulak, tak ada urusan penting dengan mereka. Nak kene potong kepala ngan wife diorg kalau duk calling-calling. So, kami terputus hubungan la gamaknya...

P/S ; Kalau hari2 dengar ayat negative, pikir negative, cakap perkara negative, diri akan jadi sgt DOWN!!

Tuesday, April 26, 2011

Nama Baby Baru ...;)

Salam...

Hmm.. I dah start cari nama baru utk putera/puteri yg bakal lahir hari raya nanti. Nak letak nama apa ek? searching punyer searching,.. still xjumpa jugak..

Cane nih? Malam tadi mimpi dpt baby boy.. biasanya org kata mimpi ni terbalik.

So, I may guess to get a baby girl lagik la ni..

Alhamdulillah.. xper la.. next time cuba lagik eh.. hahaha

Rezeki Allah nak kasi baby girl dulu. Baby girl ker baby boy ker.. yang penting sihat.. cukup sifat... cerdik.. soleh & solehah...;)


Jum.. kita riki blog ni...

Tuesday, April 12, 2011

I tak marah OK

Salam semua..;)

Sungguh!!.. Memang tak ada mood langsung nak buat kerja minggu nih. Memang la tengah count-down skrg ni nak masuk keje baru. Tapi.. yang lama ni melemaskan la plak! Tambah pulak dengan cerita2 manusia yang tak reti diam mulut bercerita tentang hal orang lain. Sooo... annoying! Kenapa? Kenapa? Kenapa? I marah? I sakit hati? I geram? OMG... ini la yang dimana kan MANUSIA. Hmm.... no no no... jangan marah OK!

Ada satu situasi. Lets check it out..

Sebelum kawin ;

A ; Bila nak kawin nih? Asik duk tukar boypren jer... Jgn tunggu lama2 nanti expired, xlaku.

B ; Ala.. muda lagi la

Selepas kawin ;

A ; Bila nak ada anak? Takkan nk bulan madu jer? Jgn tunggu lama2, rugi masa..

B ; InsyaAllah.. Tengah usaha. Belom ada rezeki lagi nih

Selepas setahun, maka keluar la seorang hamba Allah...

A ; Congratulations, for your new born. Bila nak tambah yg kedua?

B ; Thanks. Heheh.. coming soon..

Selepas hamba Allah berumur setahun..

A ; Wah, nmpak macam ada isi lagi er?

B ; Tu lah. Rezeki Tuhan nk kasi nih, Alhamdulillah..

A ; Anak pertama umur berapa?

B ; Setahun..

A ; Kecik lagi. Amboi...Cepatnya. Tak menyempat-nyempat..

B ; Pulakkk...


Adeh.. pedih tak baca ayat macam tu kalau terkena kat muka uols? Apa masalah MANUSIA nih?

Helloo... I tak pakai perut U tuk bawa baby I OK. I pon tak mintak duit U utk cost bersalin. And even tak pinjam husband U pon tolong jaga I.. Then, kenapa nak keluar ayat mcm tu? Macamana nak klasifikasikan ayat MANUSIA tu? Jealous? Sakit hati? Or.. sajer nk cakap sebab takder modal nk berbicara? Or.. Terlepas kata? Mana-mana la.. yang pasti ayat mcm tuh even tak diucap depan kita (tapi ditujukan tuk kita) sekali pon, agak kurang memuaskan lah kan..

Situasi ke dua, lets check in out...

A ; Hi, lama tak nmpk. Udah ada isi lagi ya?

B ; Tu la. Accident! Hahaha.. Tuhan nak kasi, Alhamdulillah.. terima jer la

A ; (Tenung I lama2 dengan sengih2) Betul ker ni ada lagi isi? Cepatnya?

B ; (Apa masalah pompuan nih?, perut aku, sukati aku la) Betul la, xkan nk tipu plak..

A ; Nanti I report kat ex U yer. U dah nk masuk dua...(Sambil senyum meleret..)

B ; (Senyum jer, dalam hati berkata, perlu ker? Hish, kaypo betul)

Hish.. memang tak paham la MANUSIA nih. Hello... I’m just an ordinary people OK! Jadi, xmo.. xmo..xmo.. jangan marah2. Adat ker macam tuh? Humm... yer la kot. Nanti bila anak I dh besar, jangan jeles yer sebab korang baru jer nk terboyot2 bw perut... huh!!


Petang semalam ada sorg rakan dtg to my work station..

A ; Kak, kat sini byk gossip ye?

B ; Gossip? Tentang apa?

A ; Yer la... Mcm2 kita dengar. Suami scandal ngan bini org, Minah ni admire kat duda anak 3, Bini sipolan bw kes naik court...

B ; Alamak... I tak tau la plak.


Kadang2 rasa mls nk campur. Tapi nanti kata I duduk bwh tempurung la, saleron la, pentium 2 la... hmmm.... abih camno? Kalau org dh cerita depan kita, mustahil la plak xnak amik tau kan? Ceh, ala2 kaypo ada gak kengkadang bertanyer... ahaks! Masalah problemnye sekarang nih, mana diorg ni sumer dpt informasi? Satelite jenis apa diorg ni pakai ek? Hishh.... feninn...feninn...

Friday, April 8, 2011

Penjagaan Awal Gigi Anak

Yeay... saya dah ada gigi... boleh makan apa Umi makan...;)

Zoom dekat sket... my 1st pearl is showing up...;)

Salam semua..
Tajuk entry kali ni pasal gigi pulak. hehehe..
Sajer jenjalan, cr artikel tentang penjagaan gigi kanak2
Yer la.. even gigi Eisyia baru jer masuk 6 btg, nak gak tau
mcmane penjagaan? haruskah Umi berus gigi Eisya?
Or.. biarkan jer.. kata ompitih, follow the flow...;)
Tak.. penjagaan gigi seharusnya bermula seawal diperingkat janin lagik!
Haa.. tu dia. korang tau ker?
Xtau, ni nk habak mai nih..

Pembentukan gigi sebenarnya bermula di peringkat janin iaitu semasa kandungan berusia lima dan enam bulan. Lepas tuh baru la gigi susu atau gigi yang akan berganti akan tumbuh. Biasanya kesemua 20 batang gigi susu akan tumbuh pada pada umur tiga tahun. Jadi, utk ibu2 yg pegnen tuh, kene lah jaga pemakanan. amalkan pengambilan kalsium yg secukupnya. sebab tu la hubby belikan susu utk umi. tapii... I xminum susu...yerrkkkk!!!

Yang tu penjagaan semasa diperingkat janin. Kalau diperingkat bayi plak, kene cuci gusi menggunakan tuala basah yg lembut selepas minum susu. (adeh.. yg ni payah sket nk ikot. sbb lps susu, biasanya Eisya akan tido... cane nk kejutt?) sebaiknya dilakukan sebab nk mengelakkan karies gigi terbentuk akibat sisa susu yg tertinggal di gusi.

Setiap batang gigi, jadual pertumbuhanya berbeza. Bermula dibahagian hadapan seterusnya kebahagian lain. Sebab tu, peranan ibu bapa mendidik anak menjaga gigi sedari kecil sgt penting.

Ajar la anak gosok gigi pagi & malam. Ibu bapa pon kene la beri contoh yg baik untuk anak2. kalau boleh, buat sama2 dgn anak. baru la anak2 semangat ckett...;)

Gigi kanak2 akan penuh bila mereka berusia dalam lingkungan setahun hingga 3 tahn. Time ni, boleh la ajar anak menggosok gigi menggunakan berus gigi yg lembut. Tapi Eisya dah berumur setahun sebulan, baru ada 6 batang. huhuhu... penangan umi xminum susu kott...;p

Ok la.. jum find out, tip berjumpa doktor gigi kepada anak-anak;

* Seawal usia dua tahun, ibu bapa disaran membawa anak berjumpa doktor gigi walaupun tiada masalah. Jangan menunggu sehingga sakit kerana akan meninggalkan pengalaman ngeri anak terhadap doktor.
* Lawatan pertama itu cukup sekadar pemeriksaan dan membiasakan anak-anak untuk berkenalan dengan doktor gigi.
* Lawatan berikutnya selepas enam bulan untuk melihat kerosakan gigi. Jadikan lawatan ke doktor gigi sebagai family outing. Rasa gerun pada doktor gigi akan hilang dengan sendirinya apabila dipupuk sejak kecil.
* Galakkan anak minum air kosong selepas menyusu badan atau susu botol.
* Jika anak makan makanan manis, ajar mereka bersihkan gigi selepas itu.
* Elakkan memberi anak air yang manis dalam botol ketika hendak tidur.
* Ubat-ubatan untuk kanak-kanak selalunya mengandungi gula. Cuba minta ubat yang kurang gula, Jika tidak berikan air kosong selepas mengambil ubat untuk membersihkan gula yang terlekat di celah-celah gigi.
* Jangan biarkan anak-anak tertidur dengan puting susu masih di mulut kerana ia akan menyebabkan karies gigi. Org tua2 kata, nanti gigi mancung..;)

Oraitt.. sampi sini dulu info kali nih.
lenkali i sambung kalau ada update terbaik yer... plus, kalau rajin jari ni nak beraksi...;p




Thursday, March 17, 2011

Career

Salam semua...
Pejam.. celik.. pejam... celik... pejam lagik.. celik lagik... tup, tup dah hampir 10 years i've been working in finance/ accouting field. Blom campur time study dulu and even dr umur 16tahun. Hmmmm... memang byk la angka tuh. Bosan? Boring? Memang pon.. Tengok duit bebanyak dlm account, tengok currency turun naik, bukan I punyer pon... huhuhu...
memang la sumer ni bukan hak I pon. Even keje memana pon for sure bukan I punyer.
Melainkan I set up business sendiri. Baru ler kira i punyer... How I wish to have one..;)
Dah seminggu fikir dak tukar profession. Even dh cross my mind 5-6 years before pon.
Tak tau la and its always cross in my mind, 'kenapa la aku study accounting dulu?'.
Well, nobody influence/forced me pon at that time.
Hari ini, 18 Mar 2011 dengan rasa takut2 masuk bilik Mr Raj...
'Mr Raj, I saw the vacancy at the Jobstreet. May I apply for the position vacant at your department?' hehehe...
'If you ask me can or not, of course u can apply' Mr Raj replied.
Wah... what is a very interested intro...
After a few minuts conversation is ended.
And I felt sooooooooooooo release. At least apa yang ada dlm kotak hati I dah pon keluar.
Just pending for his confirmation.
After 2-3 hours, there is a Instant Messenger from Nizamil.
'Azi, which position you want? Doc. Control or Compliance?'
hehehe... rasa macam dah ada jalan untuk keluar dari 'aquarium' nih...
Believe what? After I out from finance meeting, I get a VERY GOOD news from him
'I dah discuss with Raj. You can proceed to discuss with your direct report and HR to process your internal posting'
hahahahaha... sekarang I dah boleh SMILEEEEE!!!!!
See... dalam sehari jer process tu. Tapi semua dah berlaku pon.
And I dah berjaya pon..I meant 70%. Its just... now depends on my boss...
How I wish he will release me...;(
Oh please..... dont stop me at this time. I really want to leave.
Pleasee.... Please... Please....
Kenapa I nak tukar career?
1. Sebab I dah bosan duduk di finance nih
2. I want a new JD
5. Penat buat bende yang sama
6. Penat tengok 'drama swasta' tak berbayar
7. Kalau I retire one day, I akan keluar dengan more than one experience...
8. Target nak kerja tak lama pon lagik. Maybe takes about 4-5 years from now on.
9. Nak retire after my sawit sumer dh mendatangkan hasil.. aminn... cepat2 besar k....;)
OK la.. next time I story lagik apa I punyer new JD..;)

Tuesday, February 15, 2011

Dah bernikah tapi still ada steady Girl/Boyfriend?

Salam semua....
Pernah tak dengar tentang scandal kat tempat kerja?
Agak2 kalau la bende mcm tu terjadi depan mata kita, siapa yang harus dipersalahkan? Wife? or Husband?
Pada I dua2 salah.. Dah tau diri tu dah berpunya yang pi menggatal melayan orang ketiga tu kenapa?
Yang menggoda tuh maybe just test the market. (if he/she still siggle)
But, if the person yang menggoda tu dah berkeluarga, tu namanya saje nak mintak hantaran pedang maut...
Tapi I tak paham kalau seorang isteri still nak mencari steady boypren even hubby sikit punyer handsome, caring, and even worse baru jer mendirikan rumah tangga beberapa bulan. Kalau tak suka, kenapa ikat? Kan mencari dosa namanya tu?
Last week, I baca paper, kes penceraian kian menjadi2 skrang berpunca dari isteri curang, main kayu tiga. Kenapa isteri? Hmm... mungkin ke sebab tak mendapat apa yang diingini dari sang suami? Hish... takut bila pikirkan wabak nih. Macam H1N1 yang ditakuti satu ketika dulu..
Tapi korang confirm ke jalan yang korang pilih tu terbaik?
Yer la... I pon xberani nak cakap lebih2. Kita tak tau apa akan jadi pada kita akan datang. Hati kita ni sekelip mata boleh berubah. Tapi pada I la, kenapa kita perlu pilih yang haram? Islam ada jalan yang sah untuk kita tak buat dosa... Pada manusia2 diluar sana, andaikata apa yang I tulis ni terjadi kat diri uols, bertaubatllah. Pilihla jalan yang di halalkan...

Thursday, February 3, 2011

satu petang di satu taman

Salam semua....
Entri kali ni I nk update cerita baru. Disatu hari di petang yang harmoni...;)
kami bawa Eisyia pergi taman... dekat ngan umah jer... Sajer nak test. Kira percobaan pertama la nih...
Bila tau jer Eisyia dah boleh berjalan. Umi n Ayah teruja nak bawa Eisyia ke taman.Hehehehe... excited kan? Itu lah agaknya perasaan ibu n ayah bila tau anak tunggalnya melangkah ke satu lagi dimensi baru dalam hidupnya.. Macam tu la kami. Teruja dengan bebolehan terbaru Eisyia. Keluar pagi2 sabtu ke shopping complex. Cari kasut baru utk Eisyia.
Petang, bawa Eisyia pegi taman. Main buaian, jongkang jongket,

tak ketinggalan papan gelungsor. Suka sangat Eisya main papan gelungsor.
Lihat sajalah aksi dia kat atas tu... Bukan main gelak gembira lagi dia..

Tengok... suka kan budak nih?
Hahahaha... tak tahan Umi tengok telatah Eisyia. terjerit2 suka dapat naik menatang nih.

Itu saja ynag nak di update... Next time I citer lagi k....
taa...taa....