Tuesday, May 3, 2011

Pagi Rabu yang pelik..;)

Selamat Pagi to all bloggers..


0400am
Treettt.....Treettt.......Treettt.....Treettt.....Treettt...........
Alarm handphone berbunyi menandakan time to wake up for mr hubby bersiap nak pergi kerja..
(Tidur lagik, sebab masih ada masa nak bermalas-malasan)


0500am
Treettt.....Treettt.......Treettt.....Treettt.....Treettt...........
Alarm menjerit lagi sekali.. Tandanya, memang kene bangun jugak mandi. Sekarang masa untuk bersiap....
Mr Hubby siap2 mandi, goreng telur sebab dia kata nak bawa bekal hari ni. Lunch time nak bekejar pergi Taman Universiti atas urusan perbankan.. So, bawa bekal, boleh jimat masa. Katanya lah. Yang penting mr hubby tak kejutkan I OK!!



0530am
Mr hubby dah nak keluar rumah. Awal giler kan? Mr hubby masuk kerja jam 7am. Perjalanan untuk sampai ketempat kerja? Adalah dalam 10minit jer... Yang datang awal giler sangat tuh sebab nak kejarkan RTG baru katanya... (Jangan tanyer RTG tu stand for what. Sebab I pun belom pernah tanyer.. ngeh...ngeh...ngeh...) Salam mr hubby, then dia gerak pi kerja. Selesai tugas... ;)



0630am
Treettt.....Treettt.......Treettt.....Treettt.....Treettt...........
Alarm handphone bunyi lagik. Time for Mrs wife (me) pulak wake up! Aiyakk... awat la kelat sangat mata nih nak membukanya? Sekejap lagik lah...
‘bedebukk!!..’ Aduh, sakitnya pipi I. Eisya ni lasak betul tidur lah. Kaki sudah kick to my cheek lah plak. Bertuah punya budak. Nasib baik kecit lagik! Tengok jam kat telephone. “Hoh, 0721am!!??? Bior betol??Alamak, dah lambat nak pi kerja nih” Segar tetiba...
‘Apasal yang sunyi jer kat luar tuh? Pijot lum bangun lagi juga ker? And apasal kat luar tu macam gelap semacam jer’ Tetiba ternampak kat luar tingkap, suasana tak macam pukul 0721am. Gelap jer. Gosok2 mata, jengah lagik. Gelap. Gosok lagik. Memang sah gelap lagik bukan sebab mendung. Tak tahan siap selak langsir jengah langit kot2 hari nak hujan ker yang menyebabkan suasana gelap. Tapi.... tak ada pon tanda2 nak hujan tu.
Bangun dari katil, pergi ke meja solek. Amik jam tangan. Tengok jam baru pukul 0400am!! Gosok mata lagik, tak berubah. Keluar dari bilik, jengah jam kat ruang tamu pulak. Sah, memang baru jam 0400am!!



‘Eh, I mimpi ker nih?’ Mula la nak bermonolog sendiri. Tengok mr Hubby tak ada. Eh, tak. I tak mimpi. Mr Hubby dah pergi kerja!! Pukul berapa pulak dia pergi kerja nih? Adeh, siapa pulak la yang sabotaj nih? Tenung Eisya. Eeee... ni mesti keje budak kecik nih!!



Ambil telephone, dengan pantas contact mr Hubby..
Wife ; Hello, you kat mana?
Hubby; Kat tempat kerja la..
Wife ; Pukul berapa sekarang nih?
Hubby ; Haa... tau pon... siapa yang main telephone tuh?
Hahahahahahahahahaha..... Pecah ketawa kami dalam telephone pagi2 buta!



Mr hubby pergi kerja tersangat awal siottt. Jam 0200am dah sampai tempat kerja OK!! Sampai2 suasana lengang! Orang pon tak ada lagik. Nasib baik mr Hubby ada kawan yang kerja shift malam hari ni. So, dia lepak je dengan kawan dia kat tempat kerja. Kalau balik sure payah nak bangun semula kan? So, tidur kat sana jer lah...



Wife ; Tadi nampak you ambil jam tangan. Kenapa tak confirmkan?
Hubby ; Memang lah. Masa turun tangga tadi tengok jam baru pukul 1 lebih. Ingat jam tangan ni ada orang buat main atau ada problem. Malas nak kisah..
Wife ; Pulakk... Abis tuh, kira you mandi, masak telur tadi pukul 0100am lah?
Hubby ; Tanya lagik....



Hahahahahahahaha..... Pecah ketawa lagik. Adoiyaii... Betul2 kene sabotaj! Nasib baik mr Hubby bawa kereta hari nih. Kalau tak, kesian pulak tengah-tengah malam naik motor pergi kerja.
Giler!! Nasib baik la I tergerak nak jengah ke tingkap. Kalau tidak, sure I pon sama gak macam mr Hubby. Terpacak depan opis awal pagi agaknya. Paling tak pon, mandi awal2 pagi la.
Ni la gamaknya kalau terlalu bergantung pada alarm telephone. Sampai jam tangan pon disangka salah. Hehehehe... Nasib ko la mr Hubby...


So, moral of the story, jangan la terlalu bergantung pada alarm telephone. Curious + investigation mesti kene ada. Jangan jadi macam mr Hubby, jam tangan pon disangka salah. At least, I pergi gak confirmkan dengan jam kat ruang tamu kan? Hahahaahaha...



P/S ; Ujung minggu ni kene pergi beli 2 biji jam loceng lah!

Monday, May 2, 2011

Positive Thinking!!

Salam semua...
Hari ni, nak ceita tentang POSITIVE THINKING! cewahh...
Semua orang akan fikir dirinya betul, benar belaka.. Betol kan?
Senyum kambing disatu pagi..
A; U tau tak, Si Polan tu memang tak cantik
B; Hei.. tak baik kata macam tuh. Yang penting dia ada hidung, mulut, mata. Sempurna maa..
A ; Tapi memang dia tak cantik. Tak percaya tanyer C. Betol tak?
C; (Senyum sambil angguk kepala. Sedang on the phone)
I rasa C lebih kepada malas nak layan. So, nak sedapkan hati A dia angguk jer la..
A; See.. I kan kata. Si Polan memang tak cantik.. Dah la tak cantik. Perangai buruk pulak tuh..
B; You memang very excited cerita tentang dia
A; Sebab I geram dia asik nak cari gaduh jer dgn I

Hmm... I jadi orang tengah OK. Senyum jer la plus comment-comment la sket..

Haa.. Apa pendapat uols tentang perbualan kat atas tuh?
Pada I, tersangat la memualkan. Sebab hari-hari dengar orang bercerita tentang sipolan macam ni la.. Sipolan macam tu la. Yang pasti semuanya negative. Kesian sipolan...;p
Memang sipolan ni menjengkelkan! Tapi... macamana nak cakap ek.. Pernah la terbaca satu phrase tu. Tak igt la camane ayat dia tapi maksudnya lebih kurang cenggini.. “Kita tak akan mampu ubah diri seorang tu ikut apa kita mahu, tapi kita boleh ubah diri kita untuk adopt dalam satu2 situasi tu” Betul ker? Ala.. bedal jer la. Yang penting paham kan?
Kebelakangan ni terasa sgt down! Tetiba rasa rindu sesangat dengan I punyer ex-tuan penasihat. Hahaha.. poyo kan dengarnya. Tapi tu la. Dulu I ada dua orang penasihat. Selalu beri I kata2 semangat yang positive. Oh, I really miss that moment! Ceh, ayat potong kepala betol nih! (Mati I kalau husband I baca nih) Tapi tu dulu. Zaman I masih single minggle. Not even kenal my Mr Hubby pon... Sejak I kerja kat ceruk pedalaman ni, tak pernah pon jumpa diorang. Long distance. Jarak memisahkan kami. Lagi pulak, tak ada urusan penting dengan mereka. Nak kene potong kepala ngan wife diorg kalau duk calling-calling. So, kami terputus hubungan la gamaknya...

P/S ; Kalau hari2 dengar ayat negative, pikir negative, cakap perkara negative, diri akan jadi sgt DOWN!!