Thursday, December 18, 2014

ARBA Network

Apa itu ARBA??

• Singkata nama ARBA di ambil sempena nama sahabat nabi SAW iaitu Abdul Rahman Bin Auf di mana beliau merupakan seorang jutawan yang sangat pemurah di zaman baginda SAW.

• Sempena nama beliau syarikat menamakan PROGRAM ARBA NETWORK. Kaedah niaga yang digunakan beliau dijadikan model perniagaan kepada syarikat di samping mendapat keberkatan menggunakan nama seorang sahabat nabi yang telah mendapat jaminan syurga.

• ARBA diasaskan oleh Dr Rozaini Bin Hassan PhD pada 14 Mei 2007.

• Syarikat ini diperbadankan atas nama CLASSIC WORLDWIDE CORPORATION (M) SDN BHD berdaftar di KPDNK

• ARBA Network Group merupakan penggerak kepada syarikat Classic Worldwide Corporation (M) Sdn Bhd
 
ARBA bukan skim PELABURAN, bukan skim cepat kaya. ARBA 100% berasaskan Multi Level Marketing (MLM), Bisnes jual-beli produk yang dikeluarkan syarikat adalah makanan kesihatan dan juga produk kecantikan.

ARBA Network Group hanya perlu menyediakan modal mengikut pakej yang disediakan dan hanya terima hibah bulanan secara tetap mengikut pakej yang di ambil.
> TIDAK PERLU MENJUAL BARANG
>  TIDAK PERLU MENCARI DOWNLINE (ORANG BAWAH)
> KERJA JUALAN DAN PEMASARAN BIARKAN STAFF SYARIKAT CWC YANG URUSKAN.
> TUNGGU INCOME BULANAN SETIAP BULAN TANPA LEWAT UMPAMA GAJI BULANAN

Program ARBA ditubuhkan pada tahun 2012


APA PAKEJ YANG ARBA SEDIAKAN?

• Terdiri daripada 2 kategori iaitu:-
 Small Plan: RM 1,000, RM 3,000, RM 5,000, RM 10,000
Pakej RM1k,3k dan 5k akan peroleh 5.5% sebulan dari akaun pasif sahaja

 Big Plan: RM 50,000, RM 300,000, RM 500,000
Sementara pakej RM10k sehingga RM500k, pembahagian adalah sebanyak 8% dari akaun pasif.

• Hibah anda akan terus masuk ke akaun ahli selama 12 bulan secara tetap. Hibah setahun tersebut merupakan keuntungan anda menyertai ARBA.
• Modal akan dikembalikan 100% selepas setahun.
 
Kenapa Program ARBA dijamin
• Setiap ahli yang menyertai ARBA Group Network akan menandatangani borang perjanjian dan agreement/ perjanjian tersebut akan dimatikan dengan setem hasil dan cop LHDN.
• CWC ataupon ARBA adalah syarikat anak melayu yand didaftarkan di KPDNK
 No Syarikat : 773082-M
 No Sijil AJL : AJL-931903
• Bebas Riba, patuh syariah islam, patuh undang-undang negara serta bebas Israel ….😉
Jika anda berminat dan ingin tahu lebih lanjut. Sila hubungi saya.

Segala proses pendaftaran akan diuruskan.

Ahli baru hanya perlu sediakan salinan IC & sekeping gambar passport untuk disertakan sekali di dalam perjanjian/agreement ARBA.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI :
EN. AMIR : 019-773 3687 (Call, WhatsApp,Telegram,SMS)
PN AZI  : 019-796 3687 (Call, WhatsApp,Telegram,SMS)


Siapa Classic Worldwide Corporation(M) Sdn Bhd (CWC) ?

# CEO bagi syarikat ini ialah Dr Rozaini Hassan.
# Mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan pati (ekstrak) buah-buahan, sayuran, bijiran dan herba.
# Kesemua produk mencapai tahap kesihatan terbaik dan disahkan persijilan halal dari JAKIM, HACCP, GMP, ISO, dan produk berkelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
# Syariakt CWC telah ditubuhkan pada tahun 2007
# Tentang syarikat ;
 Nama Syarikat : CLASSIC WORLDWIDE CORPORATION (M) SDN BHD.
 No Syarikat : 773082-M
 Tarikh Penubuhan: 14 Mei 2007
 No Sijil AJL : AJL-931903
 Alamat Pejabat : No 210, Aras 1, Jalan Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah
 Tel : +6 04-421 3217
 Laman Website : http://www.cwc.com.my

Thursday, June 5, 2014

33 weeks preggy

Alhamdulillah. Syukur dah sampai 3rd trimester kandungan aku ni. Macam anak-anak sebelum ni, akan ada masalah bila masuk fasa akhir ni. Tapi kali ni lain sikit. Masalah Low Lying Plasenta type III to IV. Monday, 09 Jun 2014 nanti refer pakar kat HSA untuk pastikan jenis mana satu.
Nak cerita pengalaman pregnant kali ni sangat lain. Kalau dulu so so je, tapi kali ni dari awal memang sakit kat bahagian bawah tu. Dah cerita kat bidan even doctor, tapi diorang buat ujian kencing kotor lah, sebab banyak gerakkan lah. Last last, malas nak cerita lagi. Tahan n layankan je la sakit tu. Tapi bila masuk fasa akhir ni, sakit tu makin menjadi jadi. So, terpaksa gak cite kat doctor. Last last doctor kasi MC suruh duduk rumah rehat! 
Harini Jumaat 06 Jun 2014, aku duduk rumah je. MC since semalam. Gatal je kaki aku ni nak ngikut en hubby p kedai. Hahahaha... Anak anak pon aku tak anta p rumah baby sitter. Haish, masak pon en hubby yang masak tau.. Nyanyi sikit ~~bagaikan puteri, kisah khayalan, yg hidupnya suci dan sempurna~~ 
Muahaha....

Meh, i post sikit pic baby Muhammad Faris Aufa yg sedang senyum saat di 3D smlm...;)



Sunday, May 11, 2014

Happy Mothers Day

Selamat Hari Ibu untuk semua kaum hawa yang bergelar ibu/ ummi/ mommy/ mama atau yang seangkatan dengannya yang tersinggah dan terbaca blog ala-ala malu ni.
Semalam kami semua balik kota. Aku ucap selamat hari ibu kat mak aku. Hehehe... Tak pernah aku ucap selamat hari ibu pon selama ni. Ni pertama kali. Tercengang2 je mak aku dengar aku cakap selamat hari ibu. Syukur... Walaupon tak ada hadiah atau pon kek atau bunga mengiringi ucapan aku, tapi aku bangga sebab aku dapat ucapkan selamat hari ibu untuk mak aku pertama kalinya. Hehehehe...
Jeles sebab semua org dapat smbut hari ibu and post kat FB & Instagram. Pada aku, hari-hari pon adalah hari ibu. Syukur sebab aku masih ada ibu. Ada yang kata, tak elok sambut hari ibu sebab takut terpesong akidah sebab sambutan pada 2nd week of every month of May adalah mengingati Mother Teressa. Tapi aku bukan ikut MT. Niat aku adalah untuk sambut hari yang istimewa bersama mak aku selain dari hari jadinya...


P/s; Jeles tengok kawan-kawan post dapat card atau surprise dari anak2 dan suami sempena hari ibu.... Cemburu kat kawan-kawan dapat penghargaan macam tu. Ahahaha...!!


Friday, May 2, 2014

28 weeks preggy

Kandungan aku yang ketiga ni dah masuk 28 minggu. Syukur alhamdulillah semua berjalan lancar setakat ni. Macam yang 1st n 2nd, tak ada masalah darah tinggi, darah rendah mahupun kencing manis. Syukur pada Allah, kandungan aku juga sihat macam umminya. Satu je masalah aku yg ada dari Aisya n Airyn. Baby dalam kandungan agak kecil tak sampai sekilo pon. Tapi ummi membesar bagai johan wahai anak. Hahahaha... Tapi ummi yakin, Allah memberi kesihatan yang baik untuk anak ummi. Membesarlah dengan sihat sempurna bila lahir nanti ya sayang...;) Biar ummi sakit 9 bulan membawa kamu kehulur kehilir. Itu pengorbanan seorang wanita bergelar ibu. 
Yes, sakit pinggang. Sejak dari awal mengandung kali ni sakit pinggang yang amat luar biasa dari yang dulu. Kalau dulu aku sakit pinggang bila dah sampai 3rd trimester. Tapi kali ni, since 1st trimester dah terasa ngilu n sengal. Lebih lebih lagi bila dah baring. Nak mengiring kekanan atau kekiri pon sangatttt sakit. 
Doctor kata aku kurang kalsium. Aku ada minum susu kambing wildan. Tapi itu lah, aku bukan penggemar susu. Agak sukar nak menghabiskan sekotak. Tapi aku still minum jugak kalau teringat sekurang kurangnya seminggu 3 kali. Aku bawa ke office supaya mudah diminum diwaktu pagi selepas breakfast. Kalau nak harap malam sebelom tidur kat rumah memang sangat susah. Agak kurang sakit tu bila aku amalkan susu tapi rasa ngilu tetap ada. 
Ye la... Faktor usia diambang sore. Lagi pulak dulu aku pernah accident dan retak tulang punggung. Memang dulu pon doktor pernah sound yang aku bakal menghadapi masalah sebegini masa pregnant. So, sendiri flashback lah! Hahahaha... 
Nak cerita tapak kaki, part tu memang lah. Pantang lebih sikit berjalan. Lebih lebih lagi bila dah masuk last trimester ni. Rasanya semua ibu ibu mesti rasa yang sama. Bila badan dh mula memberat, kaki mesti akan bengkak. Tapi aku tak pernah hadapi masalah kaki bengkak. Cume tapak kaki aku sangat sakit dan sangat bahagia andai ada yang sudi picit dan urut. Sampai ada satu tahap, aku ikat tapak kaki aku kuat kuat sebab tak ada orang nak bantu picitkan. Nak harap anak anak semua still comel belaka. Sentuh sikit sikit dah cakap penat. Mr hubby? Dia punya pembawakan lagi teruk dari aku yang mengandung. Haish!!
Berat aku sekarang dalam 28minggu mengandung adalah 72 aku rasa. Sebab last week timbang kat inhouse klinik berat aku dah 71. Mati lah nak kurus semula lepas pantang nanti. Maksudnya dah 18kg penambahan berat badan berlaku. Aduhaiii tolonglah!!!!
Aha.. Dah oanjang bercerita aku nih. Ok lah, next time ada masa akan update lagik. Pada yang terbaca blog ni, sudi sudikan lah mengaminkan doa saya ini...

"Ya Allah, sesungguhnya aku akan menamakan bayi didalam kandungan ku ini dengan nama Muhammad Faris Aufa Bin Mohd Muzamil. Maka dengan itu, jadikanlah ia seorang bayi lelaki yang soleh, sihat dan sempurna dengan hak keatas nama yang mulia iaitu nabi Muhammad SAW" .... Aminn...

Sunday, April 20, 2014

25 weeks


Alhamdulillah... Dah pon 25 minggu kandungan ummi. Syukur kepada yang Maha Esa. Apa pun anugerah dariNya adalah yang terbaik untuk kami. Kami terima dengan penuh kesyukuran. Semoga kami terus beriman pada Mu Ya Allah wahai tuhan kami yang Maha Esa. 

Muhammad Faris Aufa Bin Mohd Muzamil andainya janin yang bakal lahir nanti adalah lelaki. Andai ada keizinan dariNya. Semoga menjadi anak yang soleh, sihat sempurna dengan hak keatas nama yang mulia iaitu Nabi Muhammad (SAW). Aminn...