Thursday, December 19, 2013

Doa untuk Muhammad Farish Aufa Bin Mohd Muzamil

 

Bismillahirrahmanirrahim…

Oh Allah, sesungguhnya hambaMu ini sentiasa meminta hanya pada Mu. Dan untuk kesekian kalinya, hamba Mu yang kudus ini memohon juga hanya pada Mu. Jika dengan perkenan Mu, maka tunaikan lah permintaan ku ini..

Ya Allah, sesungguhnya aku akan menamakan janin yang bakal membesar dalam perut ku ini dengan nama Muhammad (S.A.W). Maka dengan itu, kau jadikan lah untuk kami seorang bayi lelaki yang soleh, sempura akal dan sifat dengan hak keatas nama yang mulia iaitu Muhammad (S.A.W.)

Terima kasih dengan kurniaan Mu Ya Allah. Sesungguhnya hambaMu ini adalah sangat lemah dan tak pernah merasa cukup dengan anugerah dari Mu. Maka, kurniakanlah kami sekeluarga sekeping hati yang sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah dan akan Kau kurniakan. Jangan lah Kau lalaikan kami pada apa jua yang membawa pada kesesatan.

Ya Allah, andai tiada perkenan/izin dari Mu untuk aku mengandungkan bayi lelaki untuk kali ni, aku redha. Dengan rendah hati, kau berilah kami sekeluarga sekeping hati yang tahu mensyukuri nikmat dari Mu. Sesungguhnya hanya Kau yang maha memakbulkan segala doa dan  permintaan. Kau maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Amin Ya Rabbal Alaminn…