Tuesday, April 26, 2011

Nama Baby Baru ...;)

Salam...

Hmm.. I dah start cari nama baru utk putera/puteri yg bakal lahir hari raya nanti. Nak letak nama apa ek? searching punyer searching,.. still xjumpa jugak..

Cane nih? Malam tadi mimpi dpt baby boy.. biasanya org kata mimpi ni terbalik.

So, I may guess to get a baby girl lagik la ni..

Alhamdulillah.. xper la.. next time cuba lagik eh.. hahaha

Rezeki Allah nak kasi baby girl dulu. Baby girl ker baby boy ker.. yang penting sihat.. cukup sifat... cerdik.. soleh & solehah...;)


Jum.. kita riki blog ni...

Tuesday, April 12, 2011

I tak marah OK

Salam semua..;)

Sungguh!!.. Memang tak ada mood langsung nak buat kerja minggu nih. Memang la tengah count-down skrg ni nak masuk keje baru. Tapi.. yang lama ni melemaskan la plak! Tambah pulak dengan cerita2 manusia yang tak reti diam mulut bercerita tentang hal orang lain. Sooo... annoying! Kenapa? Kenapa? Kenapa? I marah? I sakit hati? I geram? OMG... ini la yang dimana kan MANUSIA. Hmm.... no no no... jangan marah OK!

Ada satu situasi. Lets check it out..

Sebelum kawin ;

A ; Bila nak kawin nih? Asik duk tukar boypren jer... Jgn tunggu lama2 nanti expired, xlaku.

B ; Ala.. muda lagi la

Selepas kawin ;

A ; Bila nak ada anak? Takkan nk bulan madu jer? Jgn tunggu lama2, rugi masa..

B ; InsyaAllah.. Tengah usaha. Belom ada rezeki lagi nih

Selepas setahun, maka keluar la seorang hamba Allah...

A ; Congratulations, for your new born. Bila nak tambah yg kedua?

B ; Thanks. Heheh.. coming soon..

Selepas hamba Allah berumur setahun..

A ; Wah, nmpak macam ada isi lagi er?

B ; Tu lah. Rezeki Tuhan nk kasi nih, Alhamdulillah..

A ; Anak pertama umur berapa?

B ; Setahun..

A ; Kecik lagi. Amboi...Cepatnya. Tak menyempat-nyempat..

B ; Pulakkk...


Adeh.. pedih tak baca ayat macam tu kalau terkena kat muka uols? Apa masalah MANUSIA nih?

Helloo... I tak pakai perut U tuk bawa baby I OK. I pon tak mintak duit U utk cost bersalin. And even tak pinjam husband U pon tolong jaga I.. Then, kenapa nak keluar ayat mcm tu? Macamana nak klasifikasikan ayat MANUSIA tu? Jealous? Sakit hati? Or.. sajer nk cakap sebab takder modal nk berbicara? Or.. Terlepas kata? Mana-mana la.. yang pasti ayat mcm tuh even tak diucap depan kita (tapi ditujukan tuk kita) sekali pon, agak kurang memuaskan lah kan..

Situasi ke dua, lets check in out...

A ; Hi, lama tak nmpk. Udah ada isi lagi ya?

B ; Tu la. Accident! Hahaha.. Tuhan nak kasi, Alhamdulillah.. terima jer la

A ; (Tenung I lama2 dengan sengih2) Betul ker ni ada lagi isi? Cepatnya?

B ; (Apa masalah pompuan nih?, perut aku, sukati aku la) Betul la, xkan nk tipu plak..

A ; Nanti I report kat ex U yer. U dah nk masuk dua...(Sambil senyum meleret..)

B ; (Senyum jer, dalam hati berkata, perlu ker? Hish, kaypo betul)

Hish.. memang tak paham la MANUSIA nih. Hello... I’m just an ordinary people OK! Jadi, xmo.. xmo..xmo.. jangan marah2. Adat ker macam tuh? Humm... yer la kot. Nanti bila anak I dh besar, jangan jeles yer sebab korang baru jer nk terboyot2 bw perut... huh!!


Petang semalam ada sorg rakan dtg to my work station..

A ; Kak, kat sini byk gossip ye?

B ; Gossip? Tentang apa?

A ; Yer la... Mcm2 kita dengar. Suami scandal ngan bini org, Minah ni admire kat duda anak 3, Bini sipolan bw kes naik court...

B ; Alamak... I tak tau la plak.


Kadang2 rasa mls nk campur. Tapi nanti kata I duduk bwh tempurung la, saleron la, pentium 2 la... hmmm.... abih camno? Kalau org dh cerita depan kita, mustahil la plak xnak amik tau kan? Ceh, ala2 kaypo ada gak kengkadang bertanyer... ahaks! Masalah problemnye sekarang nih, mana diorg ni sumer dpt informasi? Satelite jenis apa diorg ni pakai ek? Hishh.... feninn...feninn...

Friday, April 8, 2011

Penjagaan Awal Gigi Anak

Yeay... saya dah ada gigi... boleh makan apa Umi makan...;)

Zoom dekat sket... my 1st pearl is showing up...;)

Salam semua..
Tajuk entry kali ni pasal gigi pulak. hehehe..
Sajer jenjalan, cr artikel tentang penjagaan gigi kanak2
Yer la.. even gigi Eisyia baru jer masuk 6 btg, nak gak tau
mcmane penjagaan? haruskah Umi berus gigi Eisya?
Or.. biarkan jer.. kata ompitih, follow the flow...;)
Tak.. penjagaan gigi seharusnya bermula seawal diperingkat janin lagik!
Haa.. tu dia. korang tau ker?
Xtau, ni nk habak mai nih..

Pembentukan gigi sebenarnya bermula di peringkat janin iaitu semasa kandungan berusia lima dan enam bulan. Lepas tuh baru la gigi susu atau gigi yang akan berganti akan tumbuh. Biasanya kesemua 20 batang gigi susu akan tumbuh pada pada umur tiga tahun. Jadi, utk ibu2 yg pegnen tuh, kene lah jaga pemakanan. amalkan pengambilan kalsium yg secukupnya. sebab tu la hubby belikan susu utk umi. tapii... I xminum susu...yerrkkkk!!!

Yang tu penjagaan semasa diperingkat janin. Kalau diperingkat bayi plak, kene cuci gusi menggunakan tuala basah yg lembut selepas minum susu. (adeh.. yg ni payah sket nk ikot. sbb lps susu, biasanya Eisya akan tido... cane nk kejutt?) sebaiknya dilakukan sebab nk mengelakkan karies gigi terbentuk akibat sisa susu yg tertinggal di gusi.

Setiap batang gigi, jadual pertumbuhanya berbeza. Bermula dibahagian hadapan seterusnya kebahagian lain. Sebab tu, peranan ibu bapa mendidik anak menjaga gigi sedari kecil sgt penting.

Ajar la anak gosok gigi pagi & malam. Ibu bapa pon kene la beri contoh yg baik untuk anak2. kalau boleh, buat sama2 dgn anak. baru la anak2 semangat ckett...;)

Gigi kanak2 akan penuh bila mereka berusia dalam lingkungan setahun hingga 3 tahn. Time ni, boleh la ajar anak menggosok gigi menggunakan berus gigi yg lembut. Tapi Eisya dah berumur setahun sebulan, baru ada 6 batang. huhuhu... penangan umi xminum susu kott...;p

Ok la.. jum find out, tip berjumpa doktor gigi kepada anak-anak;

* Seawal usia dua tahun, ibu bapa disaran membawa anak berjumpa doktor gigi walaupun tiada masalah. Jangan menunggu sehingga sakit kerana akan meninggalkan pengalaman ngeri anak terhadap doktor.
* Lawatan pertama itu cukup sekadar pemeriksaan dan membiasakan anak-anak untuk berkenalan dengan doktor gigi.
* Lawatan berikutnya selepas enam bulan untuk melihat kerosakan gigi. Jadikan lawatan ke doktor gigi sebagai family outing. Rasa gerun pada doktor gigi akan hilang dengan sendirinya apabila dipupuk sejak kecil.
* Galakkan anak minum air kosong selepas menyusu badan atau susu botol.
* Jika anak makan makanan manis, ajar mereka bersihkan gigi selepas itu.
* Elakkan memberi anak air yang manis dalam botol ketika hendak tidur.
* Ubat-ubatan untuk kanak-kanak selalunya mengandungi gula. Cuba minta ubat yang kurang gula, Jika tidak berikan air kosong selepas mengambil ubat untuk membersihkan gula yang terlekat di celah-celah gigi.
* Jangan biarkan anak-anak tertidur dengan puting susu masih di mulut kerana ia akan menyebabkan karies gigi. Org tua2 kata, nanti gigi mancung..;)

Oraitt.. sampi sini dulu info kali nih.
lenkali i sambung kalau ada update terbaik yer... plus, kalau rajin jari ni nak beraksi...;p