Saturday, August 24, 2013

Seram Raya..

Minggu ke-3 raya, 24 Aug 2013. Sepatutnya aku ada treasury hunt anjuran ciba vision harini. Tapi mak mertua buat kenduri sempena 40hari pemergian arwah ayah. Maka aku berada di Mersing sekarang ni. Sekejap je kan dah 40 hari. Siang tadi Yasin perempuan. Malam baru Yasin lelaki. Tapi still, kaum perempuan ada jugak datang. Sebab kebanyakkan sedara mara arwah ayah datang bertahlil sama. Alhamdulillah, apa pon yang kami buat untuk ayah, semua berjalan dengan lancar. 

Malam tu, tetamu beransur kurang dalam jam 12 malam. Aku pon mula la standby untuk beradu. Airyn dah awal-awal beradu dulu kat bilik mak. Sekali dengan Ain. Aisya tidur kat bawah asalnya. Tapi en hubby angkat masuk dalam bilik mak. Plan asal, yang lelaki semua tidur kat ruang tamu. Sebab epul bawa balik pekerja angah 3orang. Rumah mak bukan besar sangat. Rumah taman je. Agak kekurangan ruang kalau beramai-ramai. 

Beberapa minit kemudian, aku masuk dalam bilik. Konon nak tidor. Mak suruh kak aini (biras) masuk tidur dalam bilik tu juga. Tak ada masalah, sebab anak dia pon dah tidur kat atas katil tu..

Siap je aku landing atas tilam, aisya buka mata. Bulat pulak tuh. Aku dah rasa tak sedap hati dah. Sebab cara dia buka mata tu lain macam. Dengan mata bulat, tengok kat satu arah je. Aku pon panggil nama dia...
"Aisya.." Dia pandang aku. 
Aku tanye "kenapa..?" 
Dia tanye aku semula "kenapa ummi takut?" 
"Mana ada.. Kenapa?.." Soal balik kat dia
"Tadi aisya jumpa Qi.." 
Aku pulak pi gatal mulut tanya.. "Kat mana?"
"Tu.." Dengan tangan tunjuk arah antara almari baju dengan almari solek. 
Perghhh... Meremang jugak la bulu tengkuk bila dia cakap macam tu. Dengan mata bulat dia tu.. Ciss!! Seriau den... Terus aku raub muka dia sambil baca ayatul qursi minta dia tidur. Tapi dia tenung kat satu sudut bilik dengan renungan yang sangat menyeramkan. Haish! Memang macam 'seram sabtu' la gayanya tu... 

Pelik budak ni.. Aku terus suruh dia tidur sambil usap mata dia untuk pejam.. Tapi ingatkan dia boleh la terus tidur. Tapi dia merengek nangis tetiba... 

Aku tanye.. "Kenapa?.."
"Takut... Tu..." Sambil tunjuk kearah belakang pintu pulak.
Hoi, belakang pintu tu agak-agak 1kaki je dari tempat aku sedang baring okay!! 
Alahmak... Aku dah rasa nak menjerit je. Nak terlentang salah. Nak mengiring salah. Tetibe je bulu tengkuk aku macam berdiri. Aku pun tak tunggu lama..

"Dah.. Jum la turun bawah" aku ajak pi tidur dengan ayah dia kat ruang tamu. Aku tak kira la yang tidur kat bawah tu semua lelaki ke hapa.. Hahaha.. Cuak punya pasal.
Aisya ikut aku turun. Tapi mata dia tak lepas dari pandang belakang pintu tu. Cara dia renung dengan mata bulat dia kearah pintu tu, ishh! Tak payahla cerita yang tu..  Aku memang dah tak berani la nak pandang apa ada kat belakang pintu tu. Buka pintu pun rasa nak sambil pejam mata. Elok je aku buka pintu, anjing kat rumah cina belakng ni menyalak-nyalak kuat. Haishh.. Apa lagi, aku melangkah la laju-laju tanpa toleh kebelakang. 

Turun je kebawah, mujur la en hubby tak tidur lagik. Elok je pass aisya kat dia. en hubby tanye pon aku tak jawab. macam dah selamat la.. Tapi, anak aku sorang lagi ada kat atas. Airyn. Ye, airyn still kat atas. Aku dengan kunun-kunun berani ni naik la atas semula nk tidur atas. 

Haii.. Sampai je atas, aku baring sekejap. Baca-baca apa yang patut. Tapi mata tak boleh pejam. Kepala duk pikir yang bukan-bukan. Haduhh... Aku pon hangkut airyn yang sedang lena tidur atas katil bersama kak aini lari turun bawah. Hahahahaha... Fuhh!! Selamattt....

En hubby pelik je. Dah aku anak beranak semua berlonggok tidur kat bawah. Hahaha, en hubby ambil tilam n bantal serta selimut. Dan kami anak beranak pun tidur dengan lenanya kat bawah bersama-sama yang lain. Kat bawah tu ada brother (husband kak aini) bersama anak-anak lelakinya, pekerja angah yang tiga orang epul bawa tu. campur dengan aku 4 beranak. Tengok jam kat handphone menunjukkan jam 0230pagi.

Maka, kami dapat tidur dengan lena sampai kepagi. Alhamdulillah, tak ada apa-apa kejadian pelik berlaku lepas tu.. Hihihi... Sekian... 

Picture sekitar majlis. Dari kiri, aisya, ain dan airyn..

Dari kiri, aku, kak aini, zila (wife epul)..

Anak buah yang turut menjayakan majlis...

Kaum lelaki sedang marhaban...
 
Perempuan dan dapur tak boleh dipisahkan..

Sekian...wassalam.








Saturday, August 17, 2013

2nd birthday Strobery of my heart

K2 tahun yang lepas, waktu macam ni aku tengah tunggu ubat induce bertindak dalam badan. Aisya awal-awal dah aku hantar kerumah mak seminggu sebelom ni lagi. Sekarang ni sedang relaks bersama en hubby tunggu waktu untuk melahirkan Airyn. Sangat sekejap masa berlalu. Itu semua 2 tahun yang lepas. Sekarang Airyn dah pun berumur 2 tahun. Kali ni aku potong kek Airyn kat KL. Rumah kak siti. Saje meriahkan majlis. Sambil-sambil beraya disini, sambil-sambil la menyibuk hulur party pack untuk budak-budak. Party pack pun last minit minta linda buatkan.

Ni la part pack kak linda buat..  

Kek besday for the princess..

Actually, besday baby. Airyn menyibuk je..  Ni la kek for the queen of the day..


Lets introduce the birthday girl.. Princess Alyaa Nadhirah and Princess Nurin Kiasatina..


Aunty achik tolong potong kek..

Sekitar majlis...



P/s : Thats all for now. Malam ni plan nk pi Genting. Tapi mata sangat mengantuk. Tengok la camane...

Happy birtyday to Airyn. Semoga menjadi anak yang mampu membanggakan ummi dan ayah akan datang. Sayang Airyn ketat-ketat. Mmuuahhhh...!








Sunday, August 11, 2013

05 Syawal bersamaan 12 Aug 2013

Jeng jeng jeng.. Harini dah masuk hari ke-5 kita sambut syawal. Dan, aku dah pun berada kat kerusi opis aku ni untuk berkelentang kelentung. Tapi, pagi ni nampaknya keadaan terkawal. Lagu raya still berkumandang oleh teman-teman yang sama-sama terpaksa berkelentang kelentung kat opis harini. Keadaan sunyi sepi je. Memasing layan mood raya lagi. Hahaha... Poyos betul kawan-kawan aku ni...

Yang ada harini, Azham, Bad, Heri, Remah, Mastura, Abg kamar, Nizam and aku. Yang lain sume takdoo...
Kak chom, Daus, Tiha, Molly training GCM kat Singapore for the whole week.

Nak cerita lagik, yang sakit hati harini, semua kedai makan sepanjang perjalanan aku ke opis ni semua tutup. Habis, aku terpakso beli bekpes kat kantin CIBA. Alah, apa jer pon yang ado, nasi goreng sejuk dengan mee goreng sejuk.. Aish, alhamdulillah. Boleh la alas perut aku yang memang dah kebuloq nih..


Tengok tu.. Keadaan yang tak berapa nak ada orang. Sunyiii yo. Gambo dihambil dari meja aku...
Memang poyo kawan-kawan aku harini... Hahahaha
Apa pun, selamat hari raya....



Syawal 2013

Raya tahun ni aku raya kat Endau, Mersing. Dan, raya tahun ni jugak lah pertama kalinya aku beraya tanpa ayah mertua. Sekejap je masa berlalu. Harini dah masuk raya ke empat kita sambut syawal. Maka, esok bermula la semula aku berkelentang kelentung kat opis mencari rezeki yang halal. Kalau ikutkan, kami ada training kat singapore 12-16 aug. Tapi, aku awal-awal cakap kat boss aku surrender untuk join. Maka, aku kene tinggal jaga opis untuk 5 hari tu. Tak per, semua still mood raya. Sapa kacau aku sekeh kepala dia.. Cewah, macam boleh kan? 
Tenngahari tadi lagi aku dah balik JB. Mak usu buat open house. So, kami sekeluarga datang beraya dan makan-makan. Lepas asar, kami balik gelang patah. En hubby kata mengantuk. Balik rumah rehat-rehatkan badan, lepas mghrib kami keluar semula.

Dan sekarang, kami berada di McDonalds. Hihi.. Dah puas makan rendang, lodeh, nasi impit, kari bagai... Kita layan Big Mac sekejap... 


Sambil tu anak-anak bole layan slide...



Okeh, sampai sini dulu.. Will update later when we have new story... Cheers and selamat hari raya. Maaf zahir batin...