Sunday, August 8, 2010

Ruam pada si'ANU' baby...

Salam,
Tadi duk jalan2 kat alam maya nih sajer search pasal Ruam Lampin baby.
terjumpa la info yang I rasa semua ibu2 atau parents kat luar sana WAJIB tau tentangnya.
So, I amik info tu n keep it so that U ols boleh la take a look.

Eisya dah seminggu kene ruam lampin nih. Tak tau apa nak buat. Mak I & mertua I pesan sapukan dengan tepong Ubi. Bekejar la my Mr Hubby kekedai beli sepeket n try sapu selama dua hari (weekend) aritu. Alhamdulillah, nampak ada perubahan. Ruam semakin kering. Air kencing baby tajam, mungkin akan membuatkan Eisya pedih sebab tu malam tak dapat tidur nyenyak.

Mari kita lihat info yang I dapat kat bawah nih. Viewww.... Selamat Membaca...

Si manja yang berumur setahun ke bawah terutamanya, senang mendapat ruam pada bahagian sulit mereka. Ini adalah kerana keadaan kulit mereka yang sensitif dan keadaan lembab pada kawasan tersebut. Ada beberapa jenis ruam yang boleh terjadi dan rawatannya adalah berbeza-beza.


1. Jankitan kulat (Candidasis)



Gambarajah menujukkan jangkitan candidasis pada bayi




Candidasis adalah sejenis jangkitan kulat (candida spp) yang kerap terjadi pada bahagian kulit bayi. Keadaan kawasan sulit bayi yang agak lembab meyebabkan candidasis ini senang terjadi pada bahagian ini. Ini meyebakan kulit manjadi merah dan gatal. Terdapat ruam berbiji-biji halus (settelite lesions) pada kawasan yang terlibat. Rawatan adalah dengan menyapu ubat kream anti-kulat (anti fungal cream) dan memastikan kawasan ini tidak terlalu lembap dengan menukar lampin bayi setiap kali bayi membuang air.




2. Ruam kerana cirit birit



Jika si manja mendapat jankitan virus pada usus, cirit-birit boleh terjadi dan ini meyebabkan kulit pada bahagian sulit dan punggung si manja merah dan pedih. Bayi akan menangis kesakitan apabila bahagian ini terkena air dan perlu untuk menukar lampin setiap kali bayi cirit bagi memastikan keadaan ini tidak bertambah teruk. Rawatan kream zink oksida (zinc oxide cream) boleh disapu setiap kali menukar lampin bagi megurangkan keadaan ini.



3. Alah pada lampin pakai buang.


Sesetengah bayi alah atau alergik pada lampin pakai buang dan ini dikenalpasti apabila ruam kemerahan terdapat selalunya pada bahagian peha luar bayi tempat di mana lampin ini mencengkam peha bayi. Rawatan adalah dengan menukar jenis lampin pakai buang yang lain di samping meyapu kream untuk ruam alergi.





4. Kekurangan zat mineral zink.



Kekurangan zat mineral zink

Kekurangan zat zink jarang berlaku pada masa ini disebabkan bayi selalunya mendapat zat zink secukupnya dalam susu ibu atau susu formula. Ruam ini melibatkan kawasan yang agak besar dan megelupas dan biasanya tidak basah. Sekeliling ruam ini agak kering dah berkopeng. Rawatan adalah dengan memberi zat zink pada diet bayi dan membuat ujian darah bagi megetahui tahap kekurangan zat zink ini.

Nota kaki; Ada bayak jenis ruam dan semua treatmentnya adalah berbeza. So, to ols ibu2, mommy2, mama2, rajin2 la pantau keadaan pampers baby k. Rajin2 la sket tukar pampers baby tu..;) Cian dia...

2 comments:

  1. thanks..good info...guna tepung ubi tu..sapu cam bedak eh?

    ReplyDelete
  2. LS, yes... sapu mcm wat bedak tu tiap kali salin lampin. Tu tradisional treatment. beli sepeket tepung ubi, balance leh wat goreng ayam...;p

    ReplyDelete