Friday, April 8, 2011

Penjagaan Awal Gigi Anak

Yeay... saya dah ada gigi... boleh makan apa Umi makan...;)

Zoom dekat sket... my 1st pearl is showing up...;)

Salam semua..
Tajuk entry kali ni pasal gigi pulak. hehehe..
Sajer jenjalan, cr artikel tentang penjagaan gigi kanak2
Yer la.. even gigi Eisyia baru jer masuk 6 btg, nak gak tau
mcmane penjagaan? haruskah Umi berus gigi Eisya?
Or.. biarkan jer.. kata ompitih, follow the flow...;)
Tak.. penjagaan gigi seharusnya bermula seawal diperingkat janin lagik!
Haa.. tu dia. korang tau ker?
Xtau, ni nk habak mai nih..

Pembentukan gigi sebenarnya bermula di peringkat janin iaitu semasa kandungan berusia lima dan enam bulan. Lepas tuh baru la gigi susu atau gigi yang akan berganti akan tumbuh. Biasanya kesemua 20 batang gigi susu akan tumbuh pada pada umur tiga tahun. Jadi, utk ibu2 yg pegnen tuh, kene lah jaga pemakanan. amalkan pengambilan kalsium yg secukupnya. sebab tu la hubby belikan susu utk umi. tapii... I xminum susu...yerrkkkk!!!

Yang tu penjagaan semasa diperingkat janin. Kalau diperingkat bayi plak, kene cuci gusi menggunakan tuala basah yg lembut selepas minum susu. (adeh.. yg ni payah sket nk ikot. sbb lps susu, biasanya Eisya akan tido... cane nk kejutt?) sebaiknya dilakukan sebab nk mengelakkan karies gigi terbentuk akibat sisa susu yg tertinggal di gusi.

Setiap batang gigi, jadual pertumbuhanya berbeza. Bermula dibahagian hadapan seterusnya kebahagian lain. Sebab tu, peranan ibu bapa mendidik anak menjaga gigi sedari kecil sgt penting.

Ajar la anak gosok gigi pagi & malam. Ibu bapa pon kene la beri contoh yg baik untuk anak2. kalau boleh, buat sama2 dgn anak. baru la anak2 semangat ckett...;)

Gigi kanak2 akan penuh bila mereka berusia dalam lingkungan setahun hingga 3 tahn. Time ni, boleh la ajar anak menggosok gigi menggunakan berus gigi yg lembut. Tapi Eisya dah berumur setahun sebulan, baru ada 6 batang. huhuhu... penangan umi xminum susu kott...;p

Ok la.. jum find out, tip berjumpa doktor gigi kepada anak-anak;

* Seawal usia dua tahun, ibu bapa disaran membawa anak berjumpa doktor gigi walaupun tiada masalah. Jangan menunggu sehingga sakit kerana akan meninggalkan pengalaman ngeri anak terhadap doktor.
* Lawatan pertama itu cukup sekadar pemeriksaan dan membiasakan anak-anak untuk berkenalan dengan doktor gigi.
* Lawatan berikutnya selepas enam bulan untuk melihat kerosakan gigi. Jadikan lawatan ke doktor gigi sebagai family outing. Rasa gerun pada doktor gigi akan hilang dengan sendirinya apabila dipupuk sejak kecil.
* Galakkan anak minum air kosong selepas menyusu badan atau susu botol.
* Jika anak makan makanan manis, ajar mereka bersihkan gigi selepas itu.
* Elakkan memberi anak air yang manis dalam botol ketika hendak tidur.
* Ubat-ubatan untuk kanak-kanak selalunya mengandungi gula. Cuba minta ubat yang kurang gula, Jika tidak berikan air kosong selepas mengambil ubat untuk membersihkan gula yang terlekat di celah-celah gigi.
* Jangan biarkan anak-anak tertidur dengan puting susu masih di mulut kerana ia akan menyebabkan karies gigi. Org tua2 kata, nanti gigi mancung..;)

Oraitt.. sampi sini dulu info kali nih.
lenkali i sambung kalau ada update terbaik yer... plus, kalau rajin jari ni nak beraksi...;p




No comments:

Post a Comment