Terima kasih sebab sudi singgah ke Blog yang macam malu-malu ni. Blog ni tak la seberapa pun...Saja suka-suka untuk kongsi cerita dan ceria semasa. Dahulu, tulis dalam buku. Kisah hidup, dimemorikan disini... Kisahnya tak ada la menarik mana. Tapi boleh la untuk sharing di alam maya ni... Sharing is Caring. Terima kasih sebab sudi baca cerita-cerita disini yang simple about my life...;)
Friday, May 4, 2012
Interim tokey kantin
Alkisah, aku yang membazirkan cuti tahunan konon nak nolong en hubby jaga kantin mak. Mak dia, a.k.a ibu mertuaku. Beliau pergi mengerjakan umrah bersama ayah mertua dan anak bongsu a.k.a adik iparku. Diorang pergi 10 hari. So, kami la interim tokey kantinya. Kuikuikui.... Interim la sangattt. Aku? Sengaja membazirkan cuti tahunan sebanyak 3 hari semata nak ikot en hubby balik kampung. Dia boleh la, amik cuti 2 minggu gitu. Aku tak bole la nak ngambik lama gitu. Ada yang siang malam mimpi buruk pulak kan... Aku bukan la nak cerita apa sangat pun. Cuma, bila duk berdiri depan kantin sekolah ni teringat zaman aku sekolah dulu. Setiap pagi, sementara aku bersiap kenakan uniform tu mak mesti sediakan sarapan pagi bersama air panas secawan beserta duit belanje seharian sebanyak 30sen. 30sen ok! Tu dulu zaman aku sekolah rendah. Lebih kurang 20 tahun yang lulu. Errkk... 20? Besornya angka.... Zaman dah berubah. Kalau dulu 30sen tu bole beli air secawan seposen, kuih sepotong seposen. Seposen lagik masuk tabung. Tu pun kalau teringat nak menaabung. Kalau tidak, bawa ke sekolah petang pulak. sekarang kalau anak pargi sekolah bawa 30sen, alamat duduk tepi pagar kantin je la gamaknya. Budak sekarang paling sikit bawa rm3. Tu sekolah pagi je. Kalau sekolah petang, mak kena bagi lagi rm3. In total, rm6 sehari. Perghh.... Bersiap sedia la aku 5 tahun lagi Aisya masuk sekolah rendah. Belanje dia seharian dah sama dengan aku yang seharian kat opis. Rm6 x 20hari= rm120. Ni belanje sekolah seorang. Duit transport, baby sitter tempat salin baju lagik, tusyen, Adeh.... Botak la umi. Hmm... Kena mintak boss naikkan gaji lor... 5tahun lagik bole cecah gaji siling ke boss? Hehehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment