Sunday, October 28, 2012

Mak Pak pi tunai rukun Islam ke-5

Entri ni sepatutnye on 05 October yang lepas. tapi tau la, masa sangat cemburu dengan saya. dan pula tangan ni sangat malas nk menari depan lappy ni. tapi hari ni, terpaksa gagahkan juga sebab entri ni hanya sekali seumur hidup... mungkin (buat masa ni mentioned sekali jer la. kalau panjang umur, murah rezeki mak pak aku pi haji sekali lagi adal a entri yang ke-2 or ke-3nya..)
sebenarnyer cuma nk memorikan kenangan ni kat blog ni jer. ye la, dah lama mak n pak saya apply dengan tabung haji nk pi mekah. tapi baru la tahun ni hajatnya tercapai. Alhamdulillah.. sempat la jugak mak pak saya berkunjung ke rumah Allah. syukur...
tuu.. kita tengok gambar-gambar yang sempat saya snap sempena penerbangan mak n pak saya hari tu..

bakal haji sedang berpusu-pusu mendaftarkan diri di kaunter. pagi wooo... kitorang sampai masjid jam 0530am sempat tunaikan suboh kat situ sekejap. lepastu terus masuk sini jam 0630am. kira kami ni orang terawal dr terawal jugak la.

haa.. atok bersama cucu-cucunya... anak saya lettew..

hmm.. betulkan apa yang tak betol. cek apa yang patut...

tadaa... selesai registration, posing sekejap untuk kenangan. Opss... my mr hubby takder dalam picture la plak..

haa... tu. selitkan gambar dia sekeping. saya pulak disappear. hihihi...
ok. jum kita cek apa terjadi kat dalam..

tengok tu. kami dah standby... action!

hahaha.. TERBAEKK!!... kitorang memang selamba katak...

hahaha... buat macam dalam rumah sendiri jer... siap bekalan dunia supaya tak kelaparan. bangun jam 0300am pagi ok nk siapkan segala juadah tu. karipap, roti canai, air kopi. kellessss kau jah!

ish..ish..ish... ini budak ha, memang bikin itu airport ha, macam itu rumah dia jugaa...

tengok tu.. hadoiyaii...

ops.. lupa plak yang nih. tu duit arab da... tukar dr rm1000 kepada rial. berapa entah en hubby dapat, lupa plak tanyer..

nages la plak mak cik dia betolkan ikatan rambut. dah la dtg sini lum mandi. rambut bangun tido. bau mashamm...;)

yang ni buat muka comel la plak.. eeee... geram!
lama jugak la kitorang kat luar  ni sementara tunggu bakal haji dipanggil masuk kedalam balai menunggu.

ok. masa dh time. bakal haji dah kene panggil masuk dalam. blur plak picture nih. xper la.. janji tau tu siapa.

ok. dah penuh orang keliling. tak bole dah nak selit-selit bagai. nk posing-posing bagai. nak snap-snap bagai. mintak maap la yer. ada yang kene tembak pulak kang. kemudian, mak n pak pon masuk la kedalam balai menunggu. semua tabung haji dah sediakan. jemaah just bawa badan dan keperluan yang diorang nak bawa jer. pasport, document perjalanan, apa-apa bagai semua tabung haji dah sediakan.
memang terbaik la. terima kasih tabung haji.
dan hari ini, sudah 25 hari diorang kat sana.
so far, sihat walafiat. dapat kerjakan haji dengan tenag. semoga mak n pak saya dapat haji yang mabrur!
sekian..





No comments:

Post a Comment