Sunday, August 14, 2011

16 Aug 2011

Kenapa tajuk entry I kali ni just a date?
Wah... dah lama sangat I mengabaikan penulisan disini. Rasa macam dah tak tau nak tulis apa lagi. Tapi kali ni I nak update satu cerita kat uols... Esok, 16 Aug 2011 I akan check in to HSA, JB. Kenapa? Bukan la sajer suka-suka nak masuk. Tapi memang dah dapat surat check in last week...;( Masalah yang sama time I pregnant kan Eisyia tahun lalu. 1st trimester, tak der apa masalah. 2nd trimester, semuanya still in control. 3rd trimester baru la tunjuk belang. Plasenta menunjukkan ciri-ciri yang sama macam case pertama dulu. Air ketuban menunjukkan tanda-tanda awal pengurangan. Janin plak, terlalu kecil. So, doctor advise untuk keluarkan and monitor diluar seperti Eisyia dulu. Kalau ikut pengiraan putaran haid, janin sepatutnya due on 25 Aug 2011. Tapi mengikut ukuran dan saiz, janin sepatutnya due on 09 Sept 2011. Yang mana satu nak ikut nih?
I faham, doctor hanya manusia biasa yang mampu meramal. Selebihnya adalah kerja Tuhan. Ya Allah, Kau selamatkan lah janin yang aku kandung ini. Sihatkanlah dia, sempurnakan la dia. Sesungguhnya Engkau tidak menguji hambanya diluar kemampuannya...
Last weekend, I hantar Eisyia ke kampung. Sedih je tinggalkan dia. Tapi nampak muka dia happy jer sebab ada kawan-kawan sebelah rumah yang akan jadi teman dia sehari-harian. Yer la, kalau kat rumah dengan I pon, dia sensorang dia jer. I la kawan dia, I juga la tempat dia nak cari gaduh. Tapi tak apa, dalam seminggu ni jer I tinggalkan dia dikampung. InsyaAllah, kalau tak ada apa aral, Khamis ni (selepas check out HSA) I akan balik berpantang kat kampung. So, I boleh pantau Eisyia depan mata. "Jangan main panas, jangan main pasir, jagan gaduh2..." Pesan I pada Eisyia. Semua JANGAN!! Hish, susah betol la nak elak perkataan JANGAN tu. Tapi semalam I dah tukar dialog "Eisyia, nanti ajak kawan2 main dalam umah nenek yer, main baik2 tau, main sampai beranda depan umah jer..." hahaha.. ayat skema giler cakap kat Eisyia.
Tak per la, janji dia tak keluar main panas or pasir kat luar rumah. Dah nak dekat raya nih. Takut dia demam or jatuh sakit pulak kesian tak dapat beraya. I tak beraya tak apa. Tapi takkan Eisyia tak nak beraya juga kan? Cian dak tecit tuh...;) Raya kali ni, Eisyia ada adik! huhu...~

No comments:

Post a Comment