Thursday, September 1, 2011

Superb Experience!!

Salam blogger semua..
Harini genap la 22 hari saya berada dalam perintah berkurung... Still have another 22 days to go untuk bebas. Hahaha... Macam poyo sangat jer bunyinya..
Tapi la, I memang tak suka confinement period nih. Adoiyaii!!! lotih mak dek oii.... Jadual sentiasa ketat dan padat dari pagi sampai kepetang (kononyer la). Itu la yang bila jam menunjukkan angka 21:00 jer I dah terlena atas tilam. Cewah... macam penat sugguh jer bunyinyerr... Lebih2 lagi dalam masa 10-15 hari pertama.

Kali ni, I nak memorikan pengalaman pertama I bersalin normal, my superb experience! Kui..kui..kui... Macam la I sorang jer yang merasa pegalaman tu ek. Tu pon nak havoc. Tapi tak per. Sekadar nak berkongsi pengalaman dan jugak untuk I kenang bila I dah tua nanti. Boleh jugak anak I baca bila dia dah kenal huruf akan datang.

Kesinambungan dari post yang lepas...
16 August 2011 - I bergerak ker HSA dengan beg baju n segala keperluan untuk penginapan beberapa hari. I minta hubby check in kan kat wad 1st class. Memula tu, pihak pendaftaran kata tak der kosong. Kene tunggu tengahari sebab kene tunggu orang check out. So, disebabkan I masuk awal pagi dalam jam 10 pagi, I ditempatkan sementara di wad 3rd class. Bilik air nuuuunnn.... dihujung sana. Dah la I ni setiap 15minit nak terkencing. Rasa macam nak hangkot tilam n katil duk depan bilik air jer. I sangat la bersyukur sebab tengaharinya ada org dari 1st class check out. So, dapat la I apa yang I nak tuh. Hubby letak deposit sebanyak RM800.. Senang cerita, terus check in. Bilik air sebelah katil! senang la nak lari ker bilik air. hahaha.. Dapat la sebilik ditempatkan 4orang. Tak der la seram sangat kan... Alhamdulillah... Seharian tuh, doctor suruh I berehat n tenangkan fikiran katanya... tak per la. Relax dia kata, relax la I...

17 August 2011 - Pagi tu rasa sangat sejuk. Hish, rupanya mlm tadi diorg on aircond sampai subuh. Mana tak sejukk... Lepas mandi, nurse datang kata dalam jam 9.00am nanti masuk bilik rawatan. Doctor nak cek jalan. I bersama2 dengan akak sebelah katil bergandingan pergi ke bilik rawatan. Akak sebelah katil tu dah bukak jalan 3cm. Yang pelik dia kata tak der plak rasa sakit. Dah 2 hari jalan buka 3cm tak berubah. Maintain kat situ jer katanya. Ooo... macam2 kes lah. Yang I ni tak der sakit tetiba masuk spital suh bersalin awal nih apa kes??
Dah dijadikan cerita kami beriringan masuk bilik rawatan dengan katil sebelah menyebelah. Tetiba doctor kata kat I nak masukkan ubat. Nama ubat tuh 'Dilapan'. I nampak macam kayu panjang dalam 2-3inc kaler cokelat dimasukkan kedalam anu. Sakit? Tak der la. Sakit sket jer. Tapi still leh handle la.. Jum cek kejap, cane rupa Dilapan rod tuh. Ni la mende yang dimasukkan dalam anu I tuh...;p


Lepas tuh, nurse soh I naik 'wilcha' balik ker katil. Nurse kata tak boleh kemana2 dalam masa sejam tuh. Suh berehat atas katil. So, I pon berehat la, siap tertidur. Bila I terjaga, jam menunjukkan 11;15am. Rasa nak terkencing. So, I pon dengan hati2 pergi kebilik air. Nurse pesan tadi, beritahu dia kalau terasa kayu tu terjatuh or rasa sakit setiap 10minit sekali, either one. Bila kebilik air tuh tak der plak rasa sakit or terasa ada benda tu jatuh. Tapi I terasa ada darah n lendir keluar dari anu. I beritahu nurse, dia kata tu tanda pertama. I steady lagik sebab tak der rasa sakit pon. Jam 12;00 tengahhari, I dah start rasa senggugut. Teringat orang kata, sakit nak bersalin macam sakit senggugut. Bila I rasa, takder la sakit sangat. Still steady and boleh tahan lagik la. Tapi sakit tu sekejap-sekejap datang dalam 20-25minit sekali. Tak tentu la. Kekadang sakit dalam 30 minit sekali dia datang. Kekadang 15 minit sekali dia datang. Nurse kata tu la contraction namanya. Oooo.... cenggitu la rasa contraction yer. Baru la I paham apa yang doctor maksudkan dengan 'contraction'. Hehehee...
Jam 02;00pm, tetiba masukla semula akak sebelah yang tadi sesama beriringan masuk bilik rawatan. Tapi dia bukan jalan kaki or naik 'wilcha'. Akak tu naik apa menatang yang sorong kat spital tu.. stretcher eh? Ala... yang selalu orang sakit naik tu tapi stretcher ni ada roda. Dah selamat melahirkan anak lelaki dah. Dengan tak semena2 I jadi bersemangat sebab, I rasa tak der la lama sangat nak beranak tuh. Sebab kami masuk sesama bilik rawatan pukul 9pagi, tetiba jam 2ptg dia dah pon selamat melahirkan. Hmm... rasa tak der la amik masa yang lama sangat. Dalam lebih kurang 4-5 jam jer. Tengok muka akak tu pon relax jer.. So cool... I tak berkesempatan nak berbual ngan akak tuh sebab family dia around. Siap tarik tabir lagik. Hum... xper la. I pon ditemani mr Hubby time tuh. Borak2 ngan dia hilangkan rasa takut yang tetiba muncul. Waktu melawat dah tamat, mr Hubby terpaksa keluar sebab guard sudah halau la plak... Jam 4;30pm nanti dia kata akan masuk semula. So, I pon layan la rasa contraction yang ala2 manja tuh sampai la masa melawat petang time mr hubby masuk. Duduk berborak2 lagi hilangkan rasa takot sampai la waktu melawat tamat jam 0700pm. Mr Hubby pulang kerumah bersama adik I yang bekerja di Thistle Hotel tuh. I rasa berat hati jer nak lepaskan mr Hubby time tuh. Sebab, I rasa bila2 masa jer I akan masuk labour room. Tapi suara I tak terkeluar la plak nk halang mr Hubby. Lagipon, dia nak masuk kerja jam 0900pm nanti.
So, I pon sambung la layan contraction yang dari ala2 manja tu kepada kurang manja. Dalam jam 0800 dah rasa agak ganas sket la contraction tuh. Doctor minta I masuk bilik rawatan untuk cek jalan. Bila doctor cek, dia kata dah buka 3cm. I rasa lega time tuh sebab atleast penantian I dah semakin dekattt... Tetiba... "Tupp!" Panasss.... basahh... Doctor pecahkan waterbeg I lah. Aik, bukan sepatutnya doctor akan pecahkan kalau bukaan dah sampai 4cm ker? Ni baru 3cm dah pecahkan air mentuban! Malas nk tanyer. Doctor lebih arif kan?
Dengan keadaan basah lencun tuh, nurse kata nak masukkan I ke Labour room. Tetiba keluar ayat sengal dari mulut I "Nurse, saya dah nak bersalin ker?" Nurse senyum pandang I "Iye lah. Ni saya nak hantar kamu ker labour room. Nanti saya ambilkan baju baby dari locker kamu" I angguk kepala dan berkata "Ambilkan telephone saya sekali. Saya nak beritahu husband saya"
Selepas sign document apa yang patut, diorang sorong I ker labour room.

Dah sampai ke labour room.
Naik atas katil, cari jam. Toleh punyer toleh, tu dia jam atas kepala. Jam menunjukkan pukul 10pm. Dalam kepala otak mula pikir, jap lagik anak aku nak keluar dah. Just wait another 2-3 hour selesai la, InsayAllah! Besarnya angan2 I nak keluar dengan secepat mugkin dari labor room tu. Macam badi jer naik atas katil orang bersalin dalam labour room tu, tetiba jer rasa contraction tu dah tak semanja masa dalam wad tadi. Sakit ya amat... Nurse masuk sorang demi sorang. Ada yang pasangkan tali pinggang untuk dengar jantung baby, ada yang cucuk tangan sebelah kanan & kiri nak masukkan air, ada yang tulis2 document atas meja, ada gak yang pasang alat untuk bersalin secara operation! (Standby. Just in case I tak boleh bersalin normal). Memang pantas la diorang ni buat kerja. Boleh kasi markah 110%. Sukeee....
Rasa contraction semakin la sakit yang amat. Doctor baru jer lepas cek jalan. Kata, baru buka 5cm. Jam atas kepala menunjuk 3am. Wah, lama betul I kat dalam labour room ni kan? Terus meleset & terduduk jangkaan I akan bersalin dalam masa terdekat. I dah rasa sakit yang tak tertanggung. Daripada yang kata tadi macam senggugut, dah hilang rasa senggugut. Rasa nak buang air besar, air kecil, and even I dah tak kisah kalau orang keliling pandang I macam ayam sekalipon. Memang I rasa dah macam ayam yang di golek and diperlakukan sesuka hati oleh para doktor n para nurse. Masa berlalu terlalu la perlahan. Setiap saat n detik I akan pandang jam kat atas kepala. Siksanya terasa Tuhan saja yang maha tahu. Dari perbualan antara nurse & doctor, diorang jangkakan jam 8am baru jalan boleh terbuka 10cm. Ya Allah, I dah macam ayam kat katil ni, diorg jangka I akan bersalin jam 8am?? Setiap satu jam, just 1cm jer terbuka. Maksudnya, I kene bertahan rasa sakit ni for another 5 hours?? OMG!!! Tetiba terus teringat dosa2 kecil & besar yang I dah buat sepanjang hayat. Terfikir apa dosa-dosa I pada Ibu, suami, adik2, kawan2 and orang sekeliling. Rasa macam nyawa bila2 jer boleh melayang. Kalau la nyawa I jadi taruhan, I nak minta doctor selamatkan baby I. Dek kerana terlalu penat menahan sakit sepanjang malam, I siap boleh terlelap sekejap dan akan terjaga bila terasa contraction tu kembali menjengah. Huisshh.. memangla terasa sangat azab ya Rabbi. Asyik la terfikir, bila la nak keluar nih? aku dah tak larattt... Dah la setiap satu jam doctor datang cek jalan. Dengan yang Cina, yang Melayu, yang India, yang pompuan, yang lelaki sumer dah cek. Tapi reading tetap sama tak melepasi piawaian untuk kepala baby keluar. Dah la ubat yang nak wat seluk tu gatal. Rasa macam nk lari pi bilik air jer pi cuci anu tu sebab gatal sangat. Siap merayu dengan doctor mintak tukar cream. Hahaha... pemintaan yang melucukan I rasa setakat ni la. Sebab doctor dengan senyum sinis kata "Puan, satu hospital guna cream ni. Tak ada cream lain" Wakakaka... hamik ko!
0430am. Tetiba terlintas kat pikiran untuk mintak hubby masuk. Rasa nak mengadu la kononya... "Nurse, boleh tak saya nak juma suami saya?" Huh, penuh berhemah I bertanya. Sebab dah tau dah, nurse dah sound awal2 td kat luar, kata husband tak bleh masuk dalam labour room teman isteri bersalin. Tapi I tak kira, mudah2an dengan ayat berhemah I tadi, dapat la kiranya ihsan mereka membenarkan mr Hubby masuk barang seketika. Nasib menyebelahi I, nurse n doctor cuba panggil mr Hubby kat luar. Tapi malang a plak, sebab mr Hubby tak ada kat luar. I tak kira, I nak gak jumpa hubby I. Dengan rasa yang agak panas hati tapi terpaksa keluarkan ayat skema.. "Nurse, tolong la call kan suami saya, saya nak jumpa dia sekejap jer" Dengan penuh pengharapan, moga masih ada la sisa belas kasihan dari mereka mencari alternatif lain untuk hubungi mr Hubby. Bole plak, nurse n doctor tanyer I "U ada bawa telepon?" Perghh.. rasa mcm nak turun katil n ketok kepala sensorang. Orang dah nak beranak, boleh tanyer plak ada bawa telepon ker tak? Dah tentu tadi time nak naik 'wilcha' nurse dah sound, tak bole bawa tepon masuk dalam labour room. Apa ker bengong la diorang nih? Dalam sakit2 tuh ada gak pendam perasaan geram yang amatt.
Tapi tak per... I kene la telan jer rasa marah tuh. Nasib baik la otak ni cepat bertndak. Kalau ikut hati yang mang dah bengkak & hangin ni mau jer I turun katil n lari dari bilik tu. Tapi nanti I jugak yang susah sndr. Huhuhu...
Tetiba keluar lagik ayat paling skema dari mulut I kat sorang nurse pelatih kat dalam bilik tuh. Mang salute la adik nih. Thanks dik. Adik memang comel. Kalau jumpa lagik, nanti akak belanja adik makan yer... Ayatnyer cengginih "Dik, tolong la SMS ker call ker husband akak mintak dia masuk. Akak nak jumpa dia sangat nih" Hahaha... Nasib baik la masih ada sisa belas dari adik nih. Dia mintak number telepon mr Hubby and text mintak dtg ke labour room.
Tepat jam 0500am, mr hubby masuk. I pun memulakan la drama sebabak. Mintak ampun sekali lagik kat Hubby. Siap keluar ayat cengginih tak tahan tuh "Abang, azi dah tak tahan nih. Sakit sangat. Tapi doctor tak nak belah sebab jalan dah buka lebih 5cm. Abang, tolong la rayu kat doctor tu belah jer. Azi tak leh nak tunggu kul 8 laa.. Amik la sakit ni sikit. Tak larat dah nihh..." Wakakaka... ayat tak leh handle beb!
Yang kelakornya mr Hubby siap cakap "Ye la, abg ambik sakit nih" hahaha... yer la, kata drama sebabak!
Tetiba rasa macam nak meneran yang teramat. Hubby panggil nurse. Nurse masuk dan minta mr Hubby keluar sekejap. Maka bermula la pertarungan nyawa I untuk keluarkan satu nyawa dari rahim I. Nurse n doctor ajar I cara meneran yang betol. Yer la, diorang kata jalan cuma buka 8cm time tuh. Mengikut keadaan baby yang comel dianggarkan seberat 2.4kg time tuh, sepatutnya dah boleh dikeluarkan. Tapi, doctor kata I meneran dengan cara yang salah. Sebab tu la push berkali-kali tapi baby still gak tak berganjak keluar. Dengan tunjuk ajar dari nurse dan doctor dalam bilik tuh, maka tetiba "Tusss!!" keluar la seorang yabg bernama Nurin Kiasatina. Jam tepat menunjukkan 0541am @ 18 Auggust 2011. Perghh... baru terpikir, sepanjang malam I berada dalam bilik bersalin tu. Mengantuk, penat, letih, sakit, semua ada. Selesai jer kerja jahit menjahit, i dihantar ke wad bersama dengan anak yang I baru lahirkan. baby diserahkan pada hubby dan Hubby pon menjalankan tugas pertama sebagai ayah pada Nurin Kiasatina. Melafaungkan Azan dan Iqamat ketelinga baby.
Haa... nak cerita sampai kat wad plak.
Naik jer atas katil wad, tetiba jer air mata keluar macam hujan. Nurse n mr Hubby duk tanya kenapa? Sakit ker? Bisa ker? or apa kes? Tapi I diam jer. Bukan sakit yang I fikir time tuh. Tapi I teringat sepanjang malam dari jam 10pm 17 Aug hingga 0541am 18 Aug I bertarung dengan rasa sakit yang amat dalam labour room just nak keluarkan satu nyawa seberat 2.6kg dari rahim I. OMG! satu pengalaman yang tak mungkin akan I lupakan sepanjang hayat. Yang peliknya sepanjang berada dalam labour room tu, tak der plak even setitik pun air mata yang keluar. Huhuhu... Itu la yang dikatakan pengorbanan seorang wanita.
Humm.. ni la dia baby I yang gambar diambil beberapa jam selepas keluar dari labour room.
Nama dia Nurin Kiasatina Bte Mohd Muzamil. Bermaksud Cahaya Kebijaksanaan. Semoga menjadi anak yang baik, dengar kata umi, cerdik dan solehah. Aminn...

No wonder la kalau Tuhan meletakkan syurga itu dibawah telapak kaki Ibu. Betapa I menghargai Ibu yang melahirkan I dengan susah payahnya. Dulu, mak I lahirkan I kat rumah jer. Tak der pon nak ke spital bagai. Selamat gak keluar 6 orang semuanya..
Mak, ampunkan dosa anak mu ini...
Saya sayang mak dunia akhirat...

Okay la, sampai sini dulu coretan kali nih. Esok2 I nk update cerita hari2an I berpantang pulak. Cheers!!!

No comments:

Post a Comment