Friday, May 2, 2014

28 weeks preggy

Kandungan aku yang ketiga ni dah masuk 28 minggu. Syukur alhamdulillah semua berjalan lancar setakat ni. Macam yang 1st n 2nd, tak ada masalah darah tinggi, darah rendah mahupun kencing manis. Syukur pada Allah, kandungan aku juga sihat macam umminya. Satu je masalah aku yg ada dari Aisya n Airyn. Baby dalam kandungan agak kecil tak sampai sekilo pon. Tapi ummi membesar bagai johan wahai anak. Hahahaha... Tapi ummi yakin, Allah memberi kesihatan yang baik untuk anak ummi. Membesarlah dengan sihat sempurna bila lahir nanti ya sayang...;) Biar ummi sakit 9 bulan membawa kamu kehulur kehilir. Itu pengorbanan seorang wanita bergelar ibu. 
Yes, sakit pinggang. Sejak dari awal mengandung kali ni sakit pinggang yang amat luar biasa dari yang dulu. Kalau dulu aku sakit pinggang bila dah sampai 3rd trimester. Tapi kali ni, since 1st trimester dah terasa ngilu n sengal. Lebih lebih lagi bila dah baring. Nak mengiring kekanan atau kekiri pon sangatttt sakit. 
Doctor kata aku kurang kalsium. Aku ada minum susu kambing wildan. Tapi itu lah, aku bukan penggemar susu. Agak sukar nak menghabiskan sekotak. Tapi aku still minum jugak kalau teringat sekurang kurangnya seminggu 3 kali. Aku bawa ke office supaya mudah diminum diwaktu pagi selepas breakfast. Kalau nak harap malam sebelom tidur kat rumah memang sangat susah. Agak kurang sakit tu bila aku amalkan susu tapi rasa ngilu tetap ada. 
Ye la... Faktor usia diambang sore. Lagi pulak dulu aku pernah accident dan retak tulang punggung. Memang dulu pon doktor pernah sound yang aku bakal menghadapi masalah sebegini masa pregnant. So, sendiri flashback lah! Hahahaha... 
Nak cerita tapak kaki, part tu memang lah. Pantang lebih sikit berjalan. Lebih lebih lagi bila dah masuk last trimester ni. Rasanya semua ibu ibu mesti rasa yang sama. Bila badan dh mula memberat, kaki mesti akan bengkak. Tapi aku tak pernah hadapi masalah kaki bengkak. Cume tapak kaki aku sangat sakit dan sangat bahagia andai ada yang sudi picit dan urut. Sampai ada satu tahap, aku ikat tapak kaki aku kuat kuat sebab tak ada orang nak bantu picitkan. Nak harap anak anak semua still comel belaka. Sentuh sikit sikit dah cakap penat. Mr hubby? Dia punya pembawakan lagi teruk dari aku yang mengandung. Haish!!
Berat aku sekarang dalam 28minggu mengandung adalah 72 aku rasa. Sebab last week timbang kat inhouse klinik berat aku dah 71. Mati lah nak kurus semula lepas pantang nanti. Maksudnya dah 18kg penambahan berat badan berlaku. Aduhaiii tolonglah!!!!
Aha.. Dah oanjang bercerita aku nih. Ok lah, next time ada masa akan update lagik. Pada yang terbaca blog ni, sudi sudikan lah mengaminkan doa saya ini...

"Ya Allah, sesungguhnya aku akan menamakan bayi didalam kandungan ku ini dengan nama Muhammad Faris Aufa Bin Mohd Muzamil. Maka dengan itu, jadikanlah ia seorang bayi lelaki yang soleh, sihat dan sempurna dengan hak keatas nama yang mulia iaitu nabi Muhammad SAW" .... Aminn...

No comments:

Post a Comment