Saturday, August 24, 2013

Seram Raya..

Minggu ke-3 raya, 24 Aug 2013. Sepatutnya aku ada treasury hunt anjuran ciba vision harini. Tapi mak mertua buat kenduri sempena 40hari pemergian arwah ayah. Maka aku berada di Mersing sekarang ni. Sekejap je kan dah 40 hari. Siang tadi Yasin perempuan. Malam baru Yasin lelaki. Tapi still, kaum perempuan ada jugak datang. Sebab kebanyakkan sedara mara arwah ayah datang bertahlil sama. Alhamdulillah, apa pon yang kami buat untuk ayah, semua berjalan dengan lancar. 

Malam tu, tetamu beransur kurang dalam jam 12 malam. Aku pon mula la standby untuk beradu. Airyn dah awal-awal beradu dulu kat bilik mak. Sekali dengan Ain. Aisya tidur kat bawah asalnya. Tapi en hubby angkat masuk dalam bilik mak. Plan asal, yang lelaki semua tidur kat ruang tamu. Sebab epul bawa balik pekerja angah 3orang. Rumah mak bukan besar sangat. Rumah taman je. Agak kekurangan ruang kalau beramai-ramai. 

Beberapa minit kemudian, aku masuk dalam bilik. Konon nak tidor. Mak suruh kak aini (biras) masuk tidur dalam bilik tu juga. Tak ada masalah, sebab anak dia pon dah tidur kat atas katil tu..

Siap je aku landing atas tilam, aisya buka mata. Bulat pulak tuh. Aku dah rasa tak sedap hati dah. Sebab cara dia buka mata tu lain macam. Dengan mata bulat, tengok kat satu arah je. Aku pon panggil nama dia...
"Aisya.." Dia pandang aku. 
Aku tanye "kenapa..?" 
Dia tanye aku semula "kenapa ummi takut?" 
"Mana ada.. Kenapa?.." Soal balik kat dia
"Tadi aisya jumpa Qi.." 
Aku pulak pi gatal mulut tanya.. "Kat mana?"
"Tu.." Dengan tangan tunjuk arah antara almari baju dengan almari solek. 
Perghhh... Meremang jugak la bulu tengkuk bila dia cakap macam tu. Dengan mata bulat dia tu.. Ciss!! Seriau den... Terus aku raub muka dia sambil baca ayatul qursi minta dia tidur. Tapi dia tenung kat satu sudut bilik dengan renungan yang sangat menyeramkan. Haish! Memang macam 'seram sabtu' la gayanya tu... 

Pelik budak ni.. Aku terus suruh dia tidur sambil usap mata dia untuk pejam.. Tapi ingatkan dia boleh la terus tidur. Tapi dia merengek nangis tetiba... 

Aku tanye.. "Kenapa?.."
"Takut... Tu..." Sambil tunjuk kearah belakang pintu pulak.
Hoi, belakang pintu tu agak-agak 1kaki je dari tempat aku sedang baring okay!! 
Alahmak... Aku dah rasa nak menjerit je. Nak terlentang salah. Nak mengiring salah. Tetibe je bulu tengkuk aku macam berdiri. Aku pun tak tunggu lama..

"Dah.. Jum la turun bawah" aku ajak pi tidur dengan ayah dia kat ruang tamu. Aku tak kira la yang tidur kat bawah tu semua lelaki ke hapa.. Hahaha.. Cuak punya pasal.
Aisya ikut aku turun. Tapi mata dia tak lepas dari pandang belakang pintu tu. Cara dia renung dengan mata bulat dia kearah pintu tu, ishh! Tak payahla cerita yang tu..  Aku memang dah tak berani la nak pandang apa ada kat belakang pintu tu. Buka pintu pun rasa nak sambil pejam mata. Elok je aku buka pintu, anjing kat rumah cina belakng ni menyalak-nyalak kuat. Haishh.. Apa lagi, aku melangkah la laju-laju tanpa toleh kebelakang. 

Turun je kebawah, mujur la en hubby tak tidur lagik. Elok je pass aisya kat dia. en hubby tanye pon aku tak jawab. macam dah selamat la.. Tapi, anak aku sorang lagi ada kat atas. Airyn. Ye, airyn still kat atas. Aku dengan kunun-kunun berani ni naik la atas semula nk tidur atas. 

Haii.. Sampai je atas, aku baring sekejap. Baca-baca apa yang patut. Tapi mata tak boleh pejam. Kepala duk pikir yang bukan-bukan. Haduhh... Aku pon hangkut airyn yang sedang lena tidur atas katil bersama kak aini lari turun bawah. Hahahahaha... Fuhh!! Selamattt....

En hubby pelik je. Dah aku anak beranak semua berlonggok tidur kat bawah. Hahaha, en hubby ambil tilam n bantal serta selimut. Dan kami anak beranak pun tidur dengan lenanya kat bawah bersama-sama yang lain. Kat bawah tu ada brother (husband kak aini) bersama anak-anak lelakinya, pekerja angah yang tiga orang epul bawa tu. campur dengan aku 4 beranak. Tengok jam kat handphone menunjukkan jam 0230pagi.

Maka, kami dapat tidur dengan lena sampai kepagi. Alhamdulillah, tak ada apa-apa kejadian pelik berlaku lepas tu.. Hihihi... Sekian... 

Picture sekitar majlis. Dari kiri, aisya, ain dan airyn..

Dari kiri, aku, kak aini, zila (wife epul)..

Anak buah yang turut menjayakan majlis...

Kaum lelaki sedang marhaban...
 
Perempuan dan dapur tak boleh dipisahkan..

Sekian...wassalam.








No comments:

Post a Comment